Anjing merupakan haiwan yang mempunyai pelbagai kemahiran terlatih. Anjing boleh menjaga kediaman, membantu individu yang cacat penglihatan untuk bergerak, mengesan bukti-bukti jenayah dan juga membantu penternak dalam mengawal pergerakan sekumpulan haiwan ternakannya.

videoPlayerId=41d620e4a

Ad will display in 09 seconds

 

Di New Zealand, sekumpulan anjing ini seolah-olah dilahirkan untuk berkhidmat sebagai pembantu penternak. Anjing-anjing ini sedikit sebanyak membantu penternak untuk memastikan kumpulan ternakan biri-birinya berada dalam ladang dan tidak merayau ke tempat lain.

Lebih menakjubkan lagi, anjing-anjing ini berjaya mengawal ratusan ekor biri-biri. Mereka bukan sahaja memainkan peranan untuk mengumpulkan biri-biri itu tetapi juga membahagikan mereka kepada kumpulan tertentu dan membawa mereka masuk semula ke kandang dengan teratur.

Kelihatan seperti beberapa orang pengawas yang membantu melancarkan pergerakan masuk para pelajar ke bilik darjah setelah tamat perhimpunan. Sungguh mengagumkan!

Video timelapse ini pastinya akan membuat anda leka melihat pergerakan haiwan-haiwan itu.

Era Baru

Share
Kategori: HIBURAN VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds