Hampir 50% penduduk di dunia akan mengalami masalah sakit kepala. Sakit kepala menjadi antara 10 penyakit teratas yang disenaraikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan 10 orang di kalangan lelaki dan 5 orang di kalangan wanita yang akan mengalaminya setiap hari.

Apakah perkara yang boleh menyebabkan masalah sakit kepala? Apakah jenis sakit kepala? Dan bagaimana anda boleh mengatasi masalah sakit kepala ini daripada berulang? Ketahuinya melalui informasi di bawah.

Punca sakit kepala adalah seperti berikut:

#1. Kekurangan vitamin D dan tidak terdedah kepada cahaya matahari.

Kredit :  Bridget Jones’s Diary / Working Title Films   /Bridget Jones: The Edge Of Reason / Universal Studios

Menurut kajian oleh University of Eastern Finland, kekurangan vitamin D akan meningkatkan risiko seseorang mengalami sakit kepala.

Para saintis telah membuat analisa serum vitamin D ke atas kira-kira 2,600 individu. Mereka yang mempunyai serum vitamin D yang rendah telah terdedah kepada masalah sakit kepala yang kronik berbanding yang lain. Sakit kepala kronik juga dilaporkan oleh beberapa orang lelaki yang telah diperiksa pada bulan di luar musim panas, semasa kadar radiasi solar berada pada tahap yang rendah.

Jadi pengambilan vitamin D dan pendedahan kepada cahaya matahari itu amat baik sekiranya anda mengalami masalah sakit kepala.

#2. Cahaya yang sangat terang

Kredit :  The Vampire Diaries / Warner Bros. Television

Mereka yang mengalami masalah sakit kepala sering mengelak daripada melihat cahaya yang sangat terang dan lebih suka menghabiskan masa di dalam bilik yang gelap. Kajian yang dijalankan oleh pakar Pusat Perubatan Beth Isreal mendapati pertalian yang ketara antara neuron di mata dan otak yang mengawal parameter fizikal seperti kadar degupan jantung, kesesakan penafasan, keletihan dan rasa loya.

Oleh kerana cahaya yang terang itu menjadi penyebab sakit kepala, ia juga akan menyebabkan pesakitnya berasa jelek, marah, resah dan terdesak. Hasil kajian juga mendapati mereka juga mengalami rasa tidak selesa, loya dan nafas yang sesak.

Jadi elakkan dari berada di tempat yang terang bagi mengelak mendapat sakit kepala.

#3. Guruh, kilat dan petir

Kredit :  evoxio / reddit

Para saintis dari Universiti Cincinnati telah menggunakan satu model dengan kaedah matematik untuk menentukan sama ada guruh, kilat dan petir itu sendiri adalah penyebab meningkatnya frekuensi sakit kepala atau ia disebabkan oleh faktor cuaca yang lain.

Hasil kajian menunjukkan 19% peningkatan terhadap risiko sakit kepala berpunca pada hari berlakunya guruh, kilat dan petir, walaupun selepas mengambil kira faktor cuaca yang lain. Ini menandakan kilat dan petir memberi kesan yang unik ke atas manusia dan kecenderungannya mencetuskan sakit kepala.

#4. Kemurungan dan kebimbangan

Kredit :  13 Reasons Why / Paramount Television   / itsmehannahbaker / instagram

588 orang pesakit yang sering mengalami masalah sakit kepala telah mengambil bahagian dalam kajian yang dijalankan oleh sebuah pusat perubatan di Taiwan. Kebanyakan pesakit mengatakan mereka mengalami kemurungan, kebimbangan yang berlebihan dan gangguan tidur.

Kajian ini menunjukkan faktor emosi yang tidak stabil dan frekuensi sakit kepala mempengaruhi di antara satu sama lain. Dengan memberi contoh, sebarang tindak balas secara emosi mempunyai potensi untuk mencetuskan kesakitan kepada isyarat persepsi dan modulasi di otak.

Penulis kajian ini, Fu-Chi Yang berkata hasil kajian ini mencadangkan cara rawatan yang berkesan dalam mengatasi masalah sakit kepala dan migrain mungkin juga akan mengurangkan risiko kemurungan dan kebimbangan berlebihan di kalangan pesakit migrain.

#5. Pengambilan ubat-ubatan mengandungi kodeina

Kredit :  Along Came Polly / Universal Studios

Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Adelaide, dengan mengambil ubat-ubatan yang mengandungi kodeina boleh menyebabkan sakit kepala yang serius. Ia adalah masalah yang sering dialami oleh para pesakit yang sensitif kepada kesakitan.

Jacinta Johnson berkata, “Mereka yang sensitif kepada kesakitan akan mengambil ubatan-ubatan yang mengandungi kodeina (opium), dan lebih banyak anda mengambilnya, ia akan meningkatkan sensitiviti kepada kesakitan. Jadi anda tidak akan mendapat kelegaan yang diperlukan. Untuk jangka masa lama, ia akan memberi kesan yang lebih buruk dari menjadikannya lebih baik.”

Jadi pastikan anda tidak mengambil ubat-ubatan mengandungi kodeina.

#6. Masalah obesiti

Kredit :  American Hustle / Columbia Pictures   / American Psycho / Lionsgate

Kajian oleh Universiti Johns Hopkins telah mengesahkan kaitan masalah obesiti atau kegemukan dengan masalah sakit kepala dan migrain, termasuk beberapa kategori sakit kepala tahap kedua yang lain. Tambahan, dengan berat badan yang berlebihan, sakit kepala dan migrain juga menjadi masalah yang sering dialami oleh golongan di umur reproduktif.

Lagi bertambah berat badan anda, lebih besar kecenderungan sakit kepala itu bertukar menjadi sakit kepala kronik. Akan tetapi,dengan menjalankan aktiviti fizikal dan mengurangkan berat badan, sakit kepala akan dapat dikurangkan atau mungkin akan dapat dihilangkan sama sekali.

#7. Cuaca sejuk

Kredit :  The Shining / Warner Bros. Entertainment

Para saintis dalam kajian mereka telah mengaitkan bagaimana manusia yang menyesuaikan diri kepada cuaca sejuk boleh menyumbang kepada perubahan mengalami migrain dan sakit kepala. Kajian oleh Felix Key telah menekankan bagaimana tekanan evolusi boleh mempengaruhi fenotip di dalam persekitaran yang sejuk.

Dengan suhu yang rendah, kekejangan pada saluran selebral mungkin akan berlaku dan ia akan memberi kesan kepada proses perjalanan darah di dalam badan. Dalam cuaca yang sejuk, tahap oksigen di dalam darah akan menurun dan atas sebab ini, manusia akan mengalami sakit kepala atau migrain.

Jenis sakit kepala adalah seperti berikut :

Kredit : Tips Sihat Selalu

Jenis sakit kepala itu terbahagi kepada sinus, stres, migrain dan kluster.

1. Jenis sakit kepala sinus dan stres adalah yang biasa. Ia biasa berlaku apabila terdapat kontraksi pada otot dan tempurung kepala. Apabila otot-otot ini ditekan, ia akan menyebabkan stres, membuatnya terasa panas, menegang dan menyebabkan kesakitan. Penyebab utama jenis sakit kepala ini ialah stres, keletihan, postur yang lemah dan meletakkan kepala pada posisi yang tidak betul untuk jangka masa yang lama.

2. Sakit kepala jenis migrain adalah jenis kesakitan yang biasanya berlaku pada sebelah bahagian kepala yang biasa dimulakan oleh beberapa keadaan yang spesifik dan situasi seperti persekitaran, stres, hormon, kebimbangan atau cahaya yang terang. Ia sering berlaku kepada wanita dan boleh memberi kesan serta mengganggu keupayaan seseorang dalam melakukan perkara yang biasa.

3. Sakit kepala jenis kluster adalah jenis sakit kepala yang utama dan ia jarang berlaku. Sakit kepala jenis ini akan menyerang pesakit selama satu hari hingga seminggu, atau diulangi lagi tidak lama selepas sakit kepala hilang. Penyebab sakit kepala jenis ini tidak dapat dipastikan tetapi kajian menunjukkan perlepasan kimia histamine dan serotonin di dalam otak mungkin antara penyebabnya.

Bagaimana anda boleh mengatasi masalah sakit kepala daripada berulang?

#1. Pengambilan kafein

Kredit :  depositphotos   / depositphotos

Kafein digunakan dengan meluas dalam pelbagai perkara yang berbeza. Ia juga sangat signifikan sebagai salah satu bahan dalam rawatan perubatan. Kafein berfungsi sebagai ubat penahan sakit kepada rawatan sakit kepala, sementara air sejuk bersama ais akan menyebabkan sakit kepala menjadi bertambah buruk.

Satu kajian klinikal yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Albert Einstein menunjukkan kafein memberi kesan yang terbaik kepada rawatan sakit kepala bersama pengambilan analgesik.

Namun begitu, sekiranya anda berhenti mengambil kafein, ia juga boleh menyebabkan sakit kepala. Jika seseorang itu sudah biasa dengan tabiatnya meminum kopi setiap pagi dan tiba-tiba cuba berhenti dari meminumnya, mereka akan mengalami sakit kepala.

#2. Rawatan akupuntur

Kredit :  IBFibbin / imgur

Kajian daripada Universiti Teknikal Munich menunjukkan kaedah rawatan akupuntur dapat menyembuhkan sakit kepala pada tahap stres dan kronik. Dalam kajian yang dijalankan ke atas para pesakit yang menerima rawatan akupuntur, 51% menunjukkan reaksi dengan pengurangan rasa sakit sebanyak 50%. Selepas 6 bulan menjalani rawatan cara ini, keadaan kesihatan mereka menjadi bertambah baik.

#3. Cahaya hijau

Kredit : ViralHud

Para saintis dari Sekolah Perubatan Harvard mendedahkan bahawa cahaya hijau dapat mengurangkan sensitiviti mata kepada cahaya, fotofobia dan boleh mengurangkan rasa sakit kepala yang teruk.

Beberapa orang yang biasa mengalami sakit kepala telah diuji dan mereka telah diminta untuk melaporkan perubahan yang dialami setelah terdedah kepada cahaya berwarna biru, hijau, jingga dan merah. Dalam satu bilik yang gelap, hampir 80% orang pesakit telah melaporkan yang mereka berasa sakit kepala apabila melihat semua cahaya berwarna itu kecuali cahaya berwarna hijau.

Profesor Rami Burstein dan rakan pasukannya mendapati cahaya hijau telah berjaya mengurangkan kesakitan sakit kepala sebanyak 20%.

#4. Meditasi

Kredit :  Maps to the Stars / Integral Film

Pusat Perubatan Wake Frost telah menjalankan penyelidikan bagaimana kesan meditasi dan yoga boleh mengurangkan tahap tekanan dan stres di kalangan orang dewasa yang mengalami migrain.

Kajian juga mendedahkan dengan mengamalkan meditasi, rasa sakit kepala dan migrain akan menjadi berkurangan. Para pesakit yang diuji dengan melakukan meditasi sebagai cara rawatan mengatakan rasa sakit kepala mereka semakin hilang dan tidak lagi mengalami kesakitan yang kerap. Mereka juga boleh mengawal penyakit migrain yang dialami.

#5. Amalan diet

Kredit :  depositphotos   / depositphotos

Menurut Dr Vincent Martin, makanan yang diproses mengandungi kandungan monosodium glutamate yang berpotensi menyebabkan sakit kepala. Makanan yang diproses terutama makanan sejuk beku atau produk dalam tin, keju, makanan segera, dan aneka sos mengandungi banyak garam yang boleh menyebabkan rasa sakit kepala.

Anda disarankan supaya memakan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran segar bersama pelbagai jenis pilihan daging dan ikan. Elakkan pengambilan alkohol dalam makanan anda, kerana ia mengandungi kimia histamine, penyebab sakit kepala.

#6.Memakai cermin mata gelap yang berwarna.

Kredit :  wacs.shop / instagram   / mateenoboutique / instagram

Pemakaian cermin mata gelap disarankan kepada semua orang yang mengalami masalah sakit kepala dan fotofobia. Ada kalangan pesakit yang mengadu kaedah ini tidak memberi kesan dan tidak memberi keselesaan. Para saintis dari Universiti Cincinnati telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan pengaruh warna kepada cermin mata gelap ke atas mereka yang mengalami masalah sakit kepala.

Kajian mendapati 85% pesakit melaporkan rasa fotofobia dengan gejala-gejalanya dapat dikurangkan. Cermin mata yang direka khusus dengan warna dapat mengurangkan cahaya terang dari memasuki mata dan ia juga boleh digunakan di dalam rumah, yang mana akan dapat melegakan rasa sakit kepala bagi mereka yang mengalami fotofobia atau rasa sensitif kepada cahaya.

Perkara apakah yang selalu menyebabkan anda berasa sakit kepala? Kongsikan bersama kami.

Sumber : Bright Side

Era Baru

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds