KUALA LUMPUR – Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Bazlan Osman mengumumkan mengenai rancangan untuk menaiktaraf pelan Streamyx kepada Unifi selain meningkatkan kelajuan dua kali ganda kepada lebih 350,000 pelanggan Streamyx di kawasan yang tiada liputan perkhidmatan Unifi.

Kredit: SoyaCincau

Pengumuman itu dibuat sebagai satu langkah kerajaan untuk membawa perkhidmatan jalur lebar negara ke tahap yang lebih tinggi pada kadar yang berpatutan.

Semasa sesi taklimat media mengenai pakej terbaru itu, Datuk Bazlan mewakili pihak TM telah memperkenalkan empat produk baharu iaitu Unifi Basic dengan kuota data 60GB pada kadar RM79 sebulan, menaiktaraf pelan untuk pelanggan Streamyx kepada Unifi di kawasan liputan Unifi atau peningkatan kelajuan dua kali ganda di kawasan yang tiada liputan Unifi, pelan Unifi Turbo dan juga pengenalan semula pelan pascabayar atau Unifi Mobile pada harga promosi RM99 sebulan.

Kredit: The Star

Tambah Bazlan lagi, TM bercadang untuk menerajui kedudukan kepantasan di peringkat serantau sekali gus membuktikan komitmen TM untuk menawarkan produk mampu milik bagi membolehkan pelanggan menikmati pengalaman digital yang lancar.

Kredit: The Edge Markets

Tindakan ini adalah selari dengan pengumuman oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang menyatakan bahawa harga perkhidmatan jalur lebar di negara ini akan menurun sekitar 25% menjelang akhir tahun 2018.

Kredit: Mid Valley Megamall

Keputusan untuk menurunkan harga itu adalah selari dengan pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses (MSAP) yang mengenakan harga siling borong kepada pembekal kemudahan dan perkhidmatan digunakan syarikat telekomunikasi di pasaran. Justeru, penurunan harga borong ini secara langsung akan turut mengurangkan harga pasaran jalur lebar bagi pengguna.

Sumber: pressreader

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds