PETALING JAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia bakal anjurkan pertandingan untuk mencipta logo Visit Malaysia 2020 dan menggantikan logo lama yang dikecam ramai kerana mempamerkan rekaan yang ‘tidak matang’.

Hasil logo itu terus menerima pelbagai reaksi negatif daripada ramai pihak sebaik sahaja Menteri Pelancongan pada ketika itu iaitu Datuk Seri Nazri Aziz memperkenalkan logo berkenaan secara rasmi sekitar Januari lalu.

Kredit: Star2

Walaupun dikecam, Datuk Seri Nazri tetap mempertahankan rekaan logo berkenaan dengan menyatakan bahawa logo tersebut dihasilkan oleh seorang ‘pekerja yang pakar dan berpengalaman’. Beliau turut memuji kepelbagaian warna pada logo tersebut selain memfokuskan kepada orang utan dan penyu yang memakai cermin mata hitam serta Menara Berkembar Petronas yang merupakan simbol ikonik kepada Malaysia.

Kredit: Ayurveda Magazine

Logo tersebut telah dilancarkan di Forum Pelancongan Asean 2018 di Chiang Mai, Thailand dengan slogan ‘Travel. Enjoy. Respect’. Oleh kerana banyak ketidakpuasan hati berlaku, rata-rata individu yang mempunyai kemahiran dalam rekabentuk digital mula melancarkan ‘perang’ dalam menghasilkan idea baru mereka yang segar dan jauh lebih kreatif serta profesional.

Terbaru, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia telah mengeluarkan pengumuman rasmi untuk menganjurkan pertandingan terbuka kepada rakyat bagi mencipta semula logo Visit Malaysia 2020.

Kredit: NST

“Kali ini, ia akan dipertandingkan secara terbuka, Ideanya adalah untuk mendapatkan rekaan yang lebih sesuai dengan menggalakkan rakyat Malaysia menyertainya dan memberikan perspekstif masing-masing,” jelas Datuk Mohamaddin Ketapi, Menteri Pelancongan.

Sumber: World of Buzz, The Star

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds