Kali ini kami akan membawakan anda bagaimana caranya menghidangkan aiskrim goreng gulung perisa epal secara terus melalui buah epal.

videoPlayerId=ddccbd8ee

Ad will display in 09 seconds

Aiskrim telah berubah bentuk sejak zaman-berzaman dan kini terdapat dalam pelbagai perisa dan juga dihidangkan dalam kepelbagaian bekas untuk kelihatan lazat dan menyelerakan.

Bahan-bahan untuk membuat resipi aiskrim sebenarnya amat ringkas dan mudah didapati di kedai pasaraya mahupun kedai runcit. Antaranya adalah susu, susu pekat, perisa dan pewarna kecuali ais kering (dry ice, dimana anda harus mendapatkannya melalui satu kebenaran khas).

Dalam video ini, ia mengajar anda bagaimana untuk membuat aiskrim goreng dengan berperisa epal. Terlebih dahulu sediakan sukatan asas untuk membentuk aiskrim, selepas itu campurkan dengan susu pekat mengikut sukatan yang diinginkan  dan cincang ketulan buah epal yang telah dipotong sehingga hancur.

Selepas itu ratakan permukaan aiskrim tersebut dan anda boleh mula mengulungkan aiskrim goreng anda menggunakan spatula dan hidangkankan pada sebuah bekas. Anda juga boleh menghiasi atau menambah aiskrim goreng gulung dengan sirap coklat ataupun waffle rangup.

Sungguh mudah bukan? Cuma diingatkan anda kena berhati-hati ketika ingin mengendalikan ais kering (dry ice) kerana ia mampu memudaratkan jika tidak dikendali dengan berhati-hati.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds