Ibu bapa yang mempunyai anak kecil pasti mengalami hari-hari yang sukar dan meletihkan kerana perlu menjaga bayi mereka yang lasak, terlalu aktif, enggan makan, menangis apabila dimandikan dan bermacam-macam ragam lagi.

videoPlayerId=74131b3c8

Ad will display in 09 seconds

Sebagai ibu bapa yang bagus, anda harus sentiasa bergerak dalam memastikan kebajikan anak dijaga dengan baik selain memberikan mereka perhatian dan kasih sayang sepenuhnya. Jika anda kepenatan, perkara pertama yang akan anda lihat adalah bayi anda berlari mengelilingi rumah dengan hanya memakai lampin dan membuat sepah di ruang tamu!

Tanggungjawab untuk menjaga SEORANG anak sahaja sudah cukup ‘menderitakan’ para ibu bapa di luar sana. Tetapi, boleh anda bayangkan jika perlu menjaga dua bayi kembar secara serentak?

Dalam video ini menunjukkan seorang bapa yang sanggup menyahut cabaran untuk memakaikan baju pada kedua-dua anak kembarnya. Mungkin si bapa ini kelihatan seperti dibuli oleh isterinya tetapi ianya agak menyeronokkan untuk ditonton.

Kedua-dua bayi ini perlu dipakaikan baju tetapi sebaik sahaja dia mula memegang salah seorang anak kembarnya itu, seorang lagi kembar mula melarikan diri pada kelajuan yang tinggi! Jadi, si bapa terpaksa mengejar anaknya itu sebelum meneruskan misinya.

Kemudian, apabila dia berpaling untuk menumpukan perhatian kepada bayi kedua, dia telah membiarkan anak yang pertama tadi dengan baju yang tidak berbutang. Jadi, dengan kelakuan yang lasak, anda faham-faham sahajalah apa yang akan berlaku.

Bagaimanapun, hasil usaha yang gigih dan keazaman yang tinggi, bapa ini akhirnya berjaya menyempurnakan misi memakaikan pakaian anak kembarnya walaupun ia mengambil masa yang agak lama.

Sungguh melucukan… Tonton videonya dan anda pasti akan terhibur.

Era Baru

Share
Kategori: HIBURAN VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds