Ramai yang berasa geli apabila melihat dan terpegang serangga yang tiba-tiba hinggap di badan, sehingga ada yang akan melompat atau menjerit ketakutan. Namun begitu, sekiranya 13 jenis spesies serangga ini tiba-tiba hinggap atau datang mendekati, anda pasti akan berasa terpesona dan terpaku melihat keunikan dan kecantikannya bersama mulut yang terbuka.

Dibawah adalah spesies serangga memukau mata, yang tidak akan wujud di alam mimpi, tetapi hanya berada di dunia nyata.

#1. Rama-rama burung hantu (Brahmaea Hearseyi)

Kredit :  wikipedia   / pixabay

Rama-rama burung hantu in agak besar dengan sayap sepanjang 18 sentimeter, dan ia boleh ditemui di hutan Amazon, China, Filipina, Burma dan Rusia. Ia suka memakan buah-buahan, terutama buah pisang yang sudah masak ranum. Manusia suka membawa rama-rama ini ke rumah dan menyimpannya sebagai haiwan peliharaan, oleh kerana sifat dan kelakuannya yang bersahaja.

#2. Kupu-kupu Cecropia (Hyalophora Cecropia)

Kredit : Instagram/ mantidenbaron

Selepas beberapa waktu, kupu-kupu ini akan bertukar menjadi rama-rama malam terbesar di Amerika Utara. Sayapnya boleh mencapai panjang 15 sentimeter, sementara badan ulat bulunya mencapai ukuran 11 sentimeter. Spesies ini adalah spesies serangga yang terbesar di dunia. Ia makan di atas daun mapel, pokok birch serta di pokok ceri. Apakah rahsia kecantikan mereka?

#3. Mentadak orkid merah jambu (Hymenopus Coronatus)

Kredit :  eastnews

Pakar penyamaran ini boleh ditemui di dalam hutan hujan tropika di Indonesia dan India. Anda akan menjadi keliru dengan bunga orkid merah jambu kerana mentadak ini akan berubah kepada warna itu untuk menyesuaikan dirinya dengan persekitaran. Diet serangga ini biasanya adalah serangga yang lain. Ingatkan mentadak ini hanya memakan debunga bunga orkid.

#4. Kumbang kura-kura emas (Charidotella Sexpunctata)

Kredit : Flickr/Jessy Eykendorp

Kumbang kura-kura emas memiliki warna emas yang terdiri daripada warna emas kemerahan dan coklat dengan bintik-bintik hitam. Biasanya kumbang ini memakan daun keledek. Habitatnya boleh ditemui di benua Amerika. Bagaimana warnanya boleh berkilauan dengan warna emas seperti itu?

#5. Kupu-kupu sutera (Bombyx Mori)

Kredit :  wikipedia

Kredit : Flickr/G0ray Dere

Serangga ini adalah makhluk terawal yang ditemui, dikaitkan dengan kupu-kupu sutera domestik. Larvanya telah digunakan selama beribu tahun dalam pembuatan kain sutera. Kupu-kupu sutera tidak boleh terbang dan ia juga tidak makan, sangat unik kerana ia hanya bergantung kepada apa yang larvanya bekalkan. Serangga ini ditemui di China, Asia Timur dan selatan Primorsky di Rusia.

#6. Rama-rama cermin (Greta Oto)

Kredit :  wikipedia

Rama-rama dengan sayap jernih seperti cermin ini tinggal di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Sayapnya tidak mengandungi warna cerah seperti rama-rama yang lain, dan rupanya yang luar biasa menyenangkan dirinya untuk menyamar dengan mudah.

#7. Ulat bulu kristal (Acraga Coa)

Kredit :  wikipedia

Ia adalah satu larva yang boleh dikelirukan seperti kristal bergerak, yang sebenarnya akan melahirkan kupu-kupu. Spesies serangga ini boleh ditemui di Amerika Tengah dan Amerika Selatan serta kepulauan Carribean. Ia sangat sesuai membiak di hutan yang lembab.

#8. Ulat bulu kupu-kupu ‘slug’ (Limacodidae)

Kredit : Flickr/ItcydogImages

Ia bukan agar-agar. Namun begitu, rupanya berbentuk seperti itu kerana ulat bulu ini tidak mempunyai kaki dan ia bergerak dengan menyedut permukaan sehingga menghasilkan pergerakan seperti ombak yang lembut. Serangga ini boleh ditemui di kawasan tropika.

#9. Belalang warna-warni Madagascar (Phymateus saxosus)

Kredit : Flickr/Laslo Bolgar

Belalang berwarna-warni ini hanya boleh ditemui di Madagascar, dan ia adalah serangga beracun yang amat berbahaya. Untuk melindungi diri dari bahaya, belalang ini memakan tumbuhan beracun dan menyimpan racunnya. Hasilnya, serangga ini menjadi amat beracun bagi haiwan pemangsa yang ingin memakannya. Saiz belalang jantan boleh mencapai sehingga 10 sentimeter.

#10. Mentadak sembah (Rhombodera basalis)

Kredit : Flickr/Andrew Mitcher

Spesies mentadak ini membiak di Malaysia, Indonesia dan Thailand serta Borneo. Disebalik sifatnya yang agresif dan selera makannya yang hebat, manusia suka membawa serangga ini pulang sebagai haiwan peliharaan. Rupanya yang indah dan cantik adalah penyebab utamanya.

#11. Kupu-kupu ‘Bagworm’ (Psychidae)

Kredit : Flickr/Nicky Bay

Kredit : Flickr/ItchyImages

Kupu-kupu ‘Bagworm’ adalah sebahagian daripada keluarga ‘lepidopteran’. Ia boleh ditemui di mana-mana. Spesies serangga ini boleh membina ‘rumah’ daripada pelbagai jenis bahan di sekeliling mereka seperti kayu, tanah, pasir dan juga sutera. Serangga ini akan bersembunyi di dalamnya sekiranya ia berasa selesa. Dan saiz tempat persembunyian atau tempat tinggal ini boleh mencecah sehingga 12 sentimeter panjang.

#12. Kupu-kupu ‘rosy maple’ (Dryocampa rubicunda)

Kredit :  Andy Reago & Chrissy McClarren / flickr   / wikipedia

Kupu-kupu ‘rosy maple’ memiliki warna yang memukau. Saiznya agak kecil tetapi rupanya agak menarik perhatian. Ulat bulunya biasa memakan jus pokok mapel, tidak seperti spesies rama-rama lain yang tidak makan langsung. Spesies serangga ini boleh ditemui di Amerika Syarikat dan Kanada. Kupu-kupu ini bergerak aktif di waktu malam, walaupun warnanya itu menarik perhatian.

#13. Ulat kupu-kupu ‘kucing’ (Dicranura vinula)

Kredit :  wikimedia   /wikimedia

Serangga ini agak biasa seperti ulat bulu lain. Namun ulat bulu ini memiliki rupa yang agak menarik untuk dilihat. Apabila ia mengesan bahaya, bahagian badan depannya akan mengembang menjadi lebih besar. Musuh akan melihat kepala dan mulutnya yang besar lalu menjadi gerun. Spesies serangga ini boleh ditemui di Eropah, Rusia, Asia Tengah dan Afrika.

Bonus: Labah-labah Merak Maratus (bukan spesies serangga tetapi ia nampak hebat)

Kredit :  Jurgen Otto / flickr

Kredit :  wikipedia

Ini adalah spesies labah-labah dari keluarga Salticidae yang sering dipanggil labah-labah merak, oleh kerana warnanya yang menarik perhatian. Labah-labah jantan biasanya memiliki warna yang lebih menarik bertujuan menarik perhatian labah-labah betina. Spesies labah-labah ini terdapat di Australia.

Sumber : Bright Side

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds