Misi penyelamatan 12 pasukan bola sepak remaja Thailand dan seorang jurulatih berusia 25 tahun telah tamat apabila kesemua mangsa telah berjaya dibawa keluar dari gua Tham Luang dengan selamat. Operasi menyelamat itu dilakukan secara berperingkat selama tiga hari berturut-turut dan telah selesai pada tanggal 10 Julai lalu.

Kredit: Channel NewsAsia/Facebook

Menurut laporan ABC News, kesemua mangsa yang terperangkap sejak 23 Jun lalu kemudiannya telah dibawa ke Hospital Chiang Rai Prachanukroh bagi mendapatkan rawatan lanjut. Pada 11 Julai, ketua misi penyelamatan iaitu Narongsak Osottanakorn telah menunjukkan video pertama yang melibatkan mangsa sedang beransur pulih sambil mendapatkan rawatan di hospital.

Kredit: Channel NewsAsia/Facebook

Dalam video berkenaan, didapati lapan daripada kesemua 12 remaja lelaki itu dilihat memakai topeng muka dan sedang terbaring di atas katil. Sementara beberapa lagi sempat menunjukkan lambang ‘peace’ serta melambai-lambai pada kamera.

Kredit: Channel NewsAsia/Facebook

Mangsa dilaporkan masih diletakkan di bawah pemerhatian selain dikuarantin daripada orang ramai bagi mengelakkan risiko jangkitan. Kemungkinan besar mereka akan terus diberikan rawatan hospital selama seminggu.

Kredit: Channel NewsAsia/Facebook

Sementara itu, Narongsak Ossottanakorn turut menegaskan bahawa keadaan kesihatan fizikal dan mental kesemua 13 mangsa berada dalam keadaan baik dan kini semakin pulih.

Kredit: Business Day

“Tiada siapa yang akan dipersalahkan atas kejadian ini. Mereka cuma kanak-kanak, ia adalah satu kemalangan,” jelas Narongsak.

Tonton video di bawah:

 

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds