Nama Malaysia sekali lagi diangkat setelah seorang pemuda Malaysia, Shahnun Said, berusia 36 tahun telah mencipta nama sebagai pereka kasut terkenal di Jepun. Beliau bertanggungjawab dalam mencipta dan menghasilkan rekaan kasut terkini buat tiga syarikat iaitu jenama Dragon Beard, Top Seven dan Premier Seven yang menjadi pengeluar utama produk berpangkalan di Jepun. Difahamkan bahawa produk syarikat berkenaan dipasarkan di Korea, China, Amerika Syarikat dan seluruh Eropah.

Kredit: Instagram Shahnun Said

Beliau sebenarnya tidak menyangka akan menempa nama sebagai pereka kasut di Jepun. Selepas sahaja peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau kecewa dengan keputusannya. Namun, beliau tidak mahu menghampakan harapan keluarga dan bertekad untuk menceburi bidang yang diminati. Arwah bapanya,Prof Madya Mohd Said Kadis merupakan insan yang berterusan memberikan sokongan buatnya ekoran arwah kerap ke Jepun atas urusan kerja membuatkan arwah sering berkongsi pengalaman kepadanya.  

Selain itu, beliau turut ditawarkan biasiswa untuk mempelajari bahasa Jepun sebelum menyambung pelajaran di Universiti Kyoto dalam bidang reka bentuk seni bina. Sejurus sahaja tamat pengajian, beliau cuba menimba pengalaman sebanyak mungkin dalam pelbagai bidang termasuklah menjadi pengajar bagi kursus Pemikiran Kreatif. Saat itulah beliau sedar minatnya lebih cenderung ke arah industrti fesyen. Menurutnya, jurusan arkitek dan seni kreatif tidak banyak bezanya. Hal ini kerana kedua-dua bidang tersebut mementingkan aspek keseimbangan dan struktur.

Kredit: Instagram Shahnun Said

Beliau ditawarkan bekerja oleh sebuah syarikat di Osaka setelah idea dan hasil rekaan kasutnya berjaya menarik minat panel. Beliau perlu melawat kilang setiap bulan bagi memastikan kasut yang dihasilkan berkualiti. Selain itu, beliau juga sering menghadiri ‘Fashion Week’ dan membuat kajian bagi mencari ilham.

Kredit: Instagram Shahnun Said

Antara cabaran yang dihadapinya sudah tentulah masalah komunikasi dan budaya kerja masyarakat Jepun yang sangat menekankan disiplin. Beliau juga terpaksa bersaing dengan pereka tempatan bagi membuktikan kemampuan serta kebolehannya.

Kredit: Instagram Shahnun Said

Setelah itu barulah beliau berjaya meraih kepercayaan oleh majikan untuk menjawat jawatan pereka utama sebelum dinaikkan pangkat sebagai pengarah kreatif. Oleh kerana berbangsa asing di sana, hal tersebut membuatkan beliau sering menjadi perhatian pihak media sekaligus memberinya peluang untuk mempromosikan Malaysia.

Kredit: Instagram Shahnun Said

Beliau turut mementingkan minat serta kerja keras dalam mencapai kejayaan, ditambah dengan ilmu serta pengalaman. Beliau turut melahirkan niat untuk berkongsi ilmu fesyen dengan pereka tempatan tanah air.

Kredit: Instagram Shahnun Said

Di bawah ini merupakan antara rekaan jenama kasut di bawah label Premier Seven:

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds