PUTRAJAYA-  Kabinet telah bersetuju untuk meneruskan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dengan kos akhir berjumlah RM16.63 bilion, iaitu 47 peratus lebih rendah berbanding kos asal sebanyak RM31.65 bilion. Perkara ini telah disahkan dalam satu kenyataan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada 12 Julai 2018.

Berita Harian melaporkan, Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata, “Penjimatan bernilai RM15.02 bilion bukan sahaja penting dalam konteks pengurangan hutang negara, malah ia juga bakal memberi penjimatan tambahan bernilai RM14 bilion khususnya dalam kos faedah sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman kewangan.”

Kredit: Roketkini

Lim Guan Eng menekankan projek LRT3 adalah penting dan kritikal kepada negara sebagai satu langkah mengatasi masalah kesesakan lalu lintas, memandangkan negara sedang mengalami arus pembangunan ekonomi yang begitu pesat dengan kepadatan penduduk yang tinggi di sekitar kawasan Lembah Klang.

Jajaran LRT3 adalah amat penting kerana ia menawarkan perkhidmatan LRT bagi kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 2 juta orang di sepanjang koridor jajaran dan dapat menampung kapasiti seramai 36,700 penumpang dalam perjalanan sejam sehala.

Selepas melakukan proses perundingan dengan semua pihak terbabit termasuk Prasarana, MRCB-George Kent (MRCB-GK JV), iaitu Rakan Pelaksana Projek (PDP) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kerajaan telah mengambil 6 langkah utama untuk mengurangkan kos dan merasionalisasikan projek LRT3, iaitu :

1. Menstruktur semula projek kepada kontrak harga tetap

Kredit : NST

Dengan melakukan rundingan kerjasama bersama MRCB dan George Kent, Lim Guan Eng Eng berkata projek ini akan distruktur semula dan diubah daripada mengikut model rakan pelaksana projek (PDP) yang sedia ada kepada kontrak harga tetap.

Lim Guan Eng berkata, “Ini bagi memastikan harga akan kekal dan tetap dan tidak tertakluk kepada harga kos yang berubah. Butiran penting kontrak yang dirunding semula akan didedahkan kemudian.”

2. Mengurang jumlah tempahan koc kereta api dan saiz pangkalan kereta api.

Kredit : Kuala Lumpur

Jumlah tempahan daripaada 42 set kereta api 6-koc akan dikurangkan kepada 22 set kereta api 3-koc. Berdasarkan kajian perlaksanaan projek LRT3, 22 set kereta api 3-koc sudah memadai untuk menampung jumlah penumpang yang dijangka menggunakan perkhidmatan ini sehingga tahun 2035, sebelum sebarang penambahan jumlah set kereta api 3-koc dilaksanakan.

Saiz pembinaan pangkalan kereta api LRT juga dikurangkan berikutan bilangan kereta api LRT yang dikurangkan.

3. Reka bentuk stesen-stesen akan mengikut piawaian jajaran LRT Kelana Jaya.

Kredit : Malaysia Airport KLIA2

Stesen-stesen LRT akan mengikut saiz dan rekabentuk menurut piawaian jajaran stesen LRT Kelana Jaya dan bukannya mengikut saiz stesen MRT yang lebih besar. Dengan ini, kos akan dapat dikurangkan dengan lebih nilai penjimatan.

4. Menangguhkan pembinaan stesen yang mengambil penumpang dalam jumlah yang rendah.

Kredit : Discover KL

Pembinaan 5 stesen yang dijangka mempunyai jumlah penumpang yang rendah akan ditangguhkan sehingga terdapat keperluan untuk membina stesen-stesen tersebut. Pembinaan stesen yang akan dibatalkan adalah Lien Hoe, Temasya, SIRIM, Bukit Raja dan Bandar Botanic.

Projek jajaran LRT3 sepanjang 37 kilometer ini akan mengekalkan laluan dengan pembinaan stesen Johan Setia (Klang) ke Bandar Utama (Petaling Jaya).

5. Membatalkan pembinaan terowong sejauh 2 kilometer untuk LRT3

Kredit : Cartography of Wanderlust

Pembinaan terowong sepanjang 2 kilometer untuk laluan LRT dan stesen LRT bawah tanah di Persiaran Hishamuddin, Shah Alam akan dihentikan.

6. Melanjutkan garis masa dan tarikh menyiapkan projek LRT3

Kredit :Kuala Lumpur

Untuk mengurangkan kos, kerajaan telah membuat keputusan untuk melanjutkan garis masa menyiapkan projek LRT3 dari tahun 2020 ke 2024. Kos pembinaan asal telah dinaikkan dengan tujuan untuk mempercepatkan tempoh projek LRT3 ini disiapkan dengan segera.

Lim Guan Eng berkata, walaupun langkah utama pengurangan kos ini telah dibentangkan, isu keselamatan, kekerapan jadual perjalanan dan kualiti perkhidmatan mestilah memenuhi segala syarat keperluan kawalan selia.

Sumber : Berita Harian/ Malaysia Kini/ World of Buzz

Era Baru

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds