Ramai orang berasa terpesona dengan kisah fantasi bertema sains fiksyen dan angkasa lepas seperti filem ‘Star Wars’ dan ‘Star Trek’ sehingga ramai anak kecil pada zaman itu yang menyimpan impian menjadi angkasawan yang boleh menjelajah angkasa lepas. Walaupun penjajahan angkasa lepas hanya kisah sains fiksyen, namun segalanya tidak mustahil untuk direalisasikan tidak lama lagi.

Sementara kita berangan-angan untuk mengembara ke angkasa lepas, seorang anak gadis remaja dari Louisiana, Amerika Syarikat sedang giat mempersiapkan diri menjadi angkasawan dan impiannya menjejakkan kaki ke angkasa lepas dan planet Marikh akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Bertemu Alyssa Carson, seorang gadis remaja berusia 17 tahun dari Baton Rouge, Louisiana, Amerika Syarikat.

Walaupun masih di usia remaja, NASA telah melatih gadis ini menjadi angkasawan.

Sasaran dan impian Alyssa Carson ialah menjadi ahli kumpulan angkasawan pertama dalam misi menjejakkan kaki ke planet Marikh pada tahun 2033.

Misi yang dirangka oleh NASA ini ialah sebahagian daripada usaha untuk mendirikan dan mewujudkan koloni manusia di planet Marikh, yang berkemungkinan mampu menyelamatkan spesies manusia.

Alyssa mula berminat untuk mengembara ke planet Marikh semasa beliau baru berusia 3 tahun, apabila menonton satu rancangan televisyen bertajuk ‘The Backyardigans’.

Semenjak itu, Alyssa telah menanam cita-cita menjadi angkasawan, dan beliau telah berusaha keras untuk mencapai impian dan cita-citanya.

Pada tahun 2008, bapa Alyssa, Bert Carson telah mendaftarkan anak perempuannya di Kem Angkasa Amerika Syarikat.

Alyssa Carson dengan segera telah menjadi orang pertama yang melawat kesemua Kem Angkasa NASA.

Lima tahun kemudian, Alyssa merupakan orang pertama yang berjaya melengkapkan Program Pasport NASA  dengan melakukan lawatan ke 14 Pusat Pelawat NASA.

Alyssa Carson adalah pelatih termuda yang telah diterima dan berjaya menamatkan latihan dari Advanced Possum Academy.

Yang telah melayakkan Alyssa dengan secara rasminya untuk menyertai program angkasa lepas dan menjadi angkasawan pelatih.

Dengan mengikuti program latihan menjadi angkasawan yang sangat mencabar, bermakna Alyssa perlu berusaha keras dan gigih. Alyssa yang masih bersekolah, juga sedang mempelajari 4 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Cina, Perancis dan Sepanyol.

Alyssa masih tidak boleh memohon menjadi angkasawan sehingga usianya mencecah 18 tahun. Jika berjaya, Alyssa Carson akan menjadi pelajar termuda yang akan memasuki Universiti Angkasa Antarabangsa.

Menurut Alyssa, “Cabaran paling besar ialah masa dan mempersiapkan serta melengkapkan diri di usia yang masih muda.”

Alyssa Carson telah menubuhkan satu yayasan yang dikenali “Yayasan Blueberry”, sempena nama panggilannya, Blueberry.

Tujuan yayasan ini ditubuhkan adalah untuk menggalakkan kanak-kanak supaya mencari impian mereka dan memberikan peluang kepada kanak-kanak ini untuk merealisasikannya.

Juga untuk memberi kesedaran, minat dan pendedahan kepada orang ramai mengenai pengembaraan angkasa lepas dan misi ke planet Marikh.

Kata Alyssa, “Ikutlah kata hati dengan mencapai impian anda itu dan jangan membiarkan orang lain mangambilnya daripada tangan anda,”

Rakan baik Alyssa, Camille Taylor berkata, “Alyssa sedar yang dia tidak boleh berkahwin dan berkeluarga.”

Namun, perkara itu diketepikan oleh Alyssa walaupun beliau memahami hakikat itu sepenuhnya. Alyssa Carson terus bertekad serta berusaha gigih dengan memberi fokus untuk mencapai impiannya menjadi manusia pertama menjejakkan kaki ke planet Marikh.

Kredit imej :  nasablueberry | Instagram | Facebook

Lihat video yang memberi inspirasi ini di bawah.

Sumber : Bored Panda

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds