Siapa yang tidak sukakan keropok lekor? Ia adalah sejenis kudapan terkenal di seluruh Malaysia yang berasal dari pantai timur, Terengganu. Hidangan ini sememangnya enak dimakan bersama sos cili pada waktu petang. Ada juga penjual yang mula memodenkan keropok lekor dengan menghidangkan santapan enak ini bersama sos keju.

Kredit: Kravve

Meleleh pula air liur ini…

Perkataan ‘lekor’ adalah berasal daripada loghat Terengganu iaitu ‘lingkar’ yang menggantikan ejaan ‘ar’ kepada ‘or’ di akhir perkataan.

Dalam erti kata lain, keropok lekor sebenarnya membawa maksud keropok yang berlingkar. Terdapat beberapa bahan wajib yang digunakan untuk menghasilkan keropok lekor yang sedap dan lembut iaitu isi ikan laut, sagu, tepung kanji dan juga garam sebagai perasa.

Jadi, setiap kali kita melancong ke Terengganu, kita pasti akan singgah di kedai jalanan untuk membawa pulang keropok lekor. Hal ini kerana rasa keenakan dan kelembutan keropok lekor di Terengganu adalah tiada tandingannya dengan keropok lekor yang dijual di tempat lain.

Kredit: azreeabahkau

Tetapi jangan risau, kerana menerusi perkongsian daripada seorang pengguna Twitter iaitu azreeabahkau yang meraih lebih daripada 16,000 perkongsian, anda mampu menghasilkan sendiri keropok lekor yang lazat dengan menggunakan Mi Sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan keropok lekor unik ini adalah:

Kredit: azreeabahkau

  • Mi Sedap
  • 6 sudu tepung ubi
  • Tepung gandum secukupnya
  • 1 biji telur gred A

Cara membuatnya:

  • Rebuskan mi segera sehingga lembut dan masak.

Kredit: azreeabahkau

  • Kemudian, tumbuk mi yang telah masak sehingga lumat. Boleh juga dikisar menggunakan mesin pengisar.

Kredit: azreeabahkau

  • Masukkan telur dan perencah Mi Sedap yang tersedia di dalam paket.

Kredit: azreeabahkau

  • Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati sebelum anda menambah tepung ubi dan tepung gandum. Gaul sehingga adunan tidak melekat.

Kredit: azreeabahkau

  • Uli sehingga sebati. Kemudian, bentukkan adunan keropok lekor anda seperti di dalam gambar.

Kredit: azreeabahkau

  • Didihkan air di dalam periuk dan masukkan sedikit garam. Rebus keropok lekor dan angkat apabila ia mula terapung.

Kredit: azreeabahkau

  • Kemudian, anda boleh potong keropok lekor kepada bentuk yang mudah dimakan sebelum digoreng sehingga garing.

Kredit: azreeabahkau

  • Hidangan keropok lekor versi Mi Sedap kini sedia untuk dimakan. Selamat menjamu selera!

Sumber: azreeabahkau

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular

Ad will display in 09 seconds