Baru-baru ini, seluruh dunia digemparkan dengan berita 12 anggota pasukan bola sepak dari Thailand, Wild Boars, dan seorang jurulatih mereka terperangkap dalam gua Tham Luang Thailand dan pada hari Selasa (10 Julai), seluruh pasukan berkenaan akhirnya berjaya diselamatkan.
Sudah tentu, ini tidak mungkin berjaya dilakukan tanpa bantuan dan penyelarasan dari para penyelamat yang menawarkan bantuan mereka dalam keseluruhan operasi.
Kredit: Daily Mail
Kredit: Daily Mail
Disebabkan oleh tragedi ini, ramai artis telah memberi penghormatan kepada para penyelamat yang berkorban sepenuhnya untuk membantu kanak-kanak yang terperangkap ini dan juga penghormatan tertinggi diberikan kepada bekas anggota Tentera Laut Thailand SEAL yang meninggal dunia semasa operasi menyelamat dijalankan.
Kredit: Tulsathit/Twitter
Penghormatan kepada Tentera Laut Thailand SEAL Saman Gunan yang meninggal dunia semasa misi penyelamatan.
Kredit: Mail Daily
Kredit: Richard Barrow/Twitter
Kredit: Stephffart/Twitter
Walau bagaimanapun, satu karya seni khususnya telah menjadi tular dan berjaya mencuri perhatian puluhan ribu orang.
Dihasilkan oleh sepasang adik beradik perempuan dari Thailand iaitu Aruni Aunhawarakorn dan Jantima Manasviyoungkul, yang merupakan pelukis komik SISIDEA, telah menghasilkan kartun yang sangat comel dan menggunakan haiwan untuk mewakili satu-satu pasukan penyelamat antarabangsa yang luar biasa.
Kredit: SISIDEA/Facebook
Pada asalnya, penjelasan bagi setiap watak kartun adalah dalam bahasa Thailand tetapi sejak operasi menyelamat selesai, terjemahan bahasa Inggeris telah disediakan bersama dengan versi terkini kartun yang dilengkapi dengan semua wira yang terlibat.
Adik beradik ini memberitahu Business Insider, “Lukisan ini adalah untuk menunjukkan penghargaan daripada warganegara Thai kepada kerjasama dari ramai orang di seluruh dunia. 13 orang pemain bola sepak ini diwakili oleh babi hutan liar. Terlalu banyak kebaikan telah diberikan dari banyak negara dan pasukan pakar, jadi kami masukkan mereka semua dalam animasi ini .”
Kredit: SISIDEA/Facebook
Berikut adalah watak kartun yang diwakili:
Gajah putih: Bekas gabenor Chiang Rai, Narongsak Osotanakorn yang mengetuai misi menyelamat
Babi hutan liar: 12 ekor babi hutan yang kecil adalah anggota kumpulan bola sepak yang terperangkap dan yang lebih besar di bahagian belakang adalah jurulatihnya
Kuda putih: Semua wira yang terlibat dalam misi
Kuda putih dengan palang merah: Pegawai perubatan
Malaikat anjing laut: Tentera Laut Thai SEAL yang meninggal semasa misi, Saman Gunan – wira negara
Anjing laut: Tentera Laut Thailand SEAL
Katak: Semua penyelam bertaraf dunia yang datang membantu
Itik: Pasukan Geografer
Singa (biru): Penyelamat dari England
Singa (hitam-kuning-merah): Penyelamat dari Belgium
Singa (merah-putih-biru): Penyelamat dari Belanda
Kanggaru: Penyelamat dari Australia
Panda: Penyelamat dari China
Burung jenjang: Penyelamat dari Jepun
Rusa: Penyelamat dari Sweden
Harimau: Penyelamat dari Myanmar
Gajah coklat: Penyelamat dari Laos
Burung helang (eagle): Penyelamat dari Amerika Syarikat
Beruang: Penyelamat dari Finland
Ayam: Penyelamat dari Perancis
Burung helang (hawk): Penyelamat dari Filipina, Jerman, Republik Czech
Memerang: Penyelamat dari Kanada
Angsa: Penyelamat dari Denmark
Kobra: Penyelamat dari Israel
Iron Man: Elon Musk, yang menghantar kapal selam mini
Anjing: Unit K9
Burung layang-layang: Pendaki dari Libong, Thailand
Naga: Pasukan pam air dan pasukan penggerudian
Khinzir: Petani beras Thailand
Burung: Media
Burung gagak di antara burung-burung: Pengkritik misi
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-ocha berkata kini setelah misi menyelamat selesai, Gua Tham Luan akan ditutup untuk sementara waktu supaya ia tidak membahayakan pelawat lain. Remaja-remaja lelaki yang terselamat kini sedang menerima rawatan di hospital tetapi kebanyakan dari mereka dalam keadaan sihat dan gembira setelah penderitaan mereka berakhir.
Era Baru
Maybe you're interested :
- “Jangan cuba mengiktiraf perjuangan komunis di dalam buku teks Sejarah,” kata para veteran Angkatan Tentera Malaysia
- The Rock beri kejutan istimewa untuk ibunya dengan menghadiahkan rumah sempena hadiah Hari Natal
- Lelaki ini makan seperiuk mi segera sehingga licin dan digelar ‘Abang Mi Sup’. Kisah di sebaliknya membuatkan netizen tersentuh hati…