Seorang guru di timur China telah dipecat selepas dia berulang kali menampar seorang pelajar dengan begitu kuat sehingga meninggalkan kesan tapak tangan berwarna merah terang di wajah pelajarnya itu.

Guru di Sekolah Tinggi Suyu itu dilaporkan menghukum budak lelaki itu, seorang pelajar senior kerana berbual dengan rakan sekelasnya semasa sesi mengulang kaji pelajaran pada hari Selasa. Guru tersebut menamparnya sebanyak 12 kali, menurut laporan.

Pelajar lelaki itu, yang dikenali sebagai Xiaochen, mengalami kecederaan termasuk gegar otak dan kulitnya luka di dekat bahagian mata. Pelajar tersebut di bawa ke hospital untuk dirawat, menurut laporan tempatan.

Rakaman video yang menunjukkan kesan insiden dikeluarkan oleh Beijing Time menunjukkan Xiaochen berbaring di katil hospital di Hospital Perubatan Cina Suqian pada hari Rabu.

Kredit: Dailymail

Tanda merah yang menyerupai bentuk tapak tangan jelas kelihatan di sebelah kiri wajahnya.

Kanak-kanak itu memberitahu pemberita bahawa dia telah dihukum selepas guru itu menangkapnya bercakap dengan rakan sekelasnya.

Guru tersebut bertindak mengheretnya keluar dari kerusinya dan mula memukulnya di hadapan kelasnya, menurut Yangtze Evening News.

“Guru tersebut kelihatan berang dan mula-mula menampar seorang pelajar perempuan sebelum memukul Xiaochen,” seorang pelajar dalam kelas yang sama berkata.

Dia didiagnosis dengan kecederaan pada telinga kirinya, gegar otak, kecederaan tisu lembut dan kulit luka di dekat matanya, menurut laporan itu. Dia juga mengalami kehilangan pendengaran sementara.

Insiden ini telah dilaporkan kepada Kementerian Pelajaran dan keluarga Xiaochen juga telah memfailkan laporan polis. Sekolah telah bersetuju untuk membiayai perbelanjaan perubatan Xiaochen.

Sekolah itu juga telah bertindak memecat guru tersebut dan dilaporkan telah menolak bonusnya daripada tahun akademik sebelumnya.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds