Terdapat satu stereotaip mengenai cara pemanduan wanita, mereka dikatakan memandu dengan agak ‘lembut’. Kita sering menganggap pemandu yang membawa secara perlahan itu adalah wanita tanpa kita melihat siapakah pemandu berkenaan.

Walaupun bukan semua pemandu wanita begitu, stereotaip berkenaan seakan-akan sudah sebati dalam kalangan masyarakat. Apatah lagi dengan tersebarnya video ini.

Terbaru, rakaman kamera pengawasan litar tertutup berjaya menunjukkan gelagat seorang pemandu wanita yang berusaha sehabis mungkin untuk mengundurkan keretanya sebelum meneruskan perjalanan.

Bagaimanapun, hanya untuk mengundurkan kereta sahaja, wanita ini terpaksa mengambil masa selama 9 minit!

Percubaan demi percubaan telah dilakukan sehingga membuatkan kita terhibur melihatnya. Lihat pada waktu di skrin, wanita ini mula memasuki kenderaan pada jam 7.50 pagi.

Kemudian, dia cuba mengundurkan kenderaannya tetapi tidak berjaya. Dia terus menggerakkan keretanya ke depan, ke belakang, kiri mahupun ke kanan tetapi tetap gagal…

Seolah-olah tiada cara yang tepat untuk mengeluarkan kenderaannya daripada ruang parkir tersebut. Malah, rakan serumah yang lain turut keluar untuk membantunya dengan menunjukkan arah di mana dia patut mengundurkan kereta.

Bagaimanapun, kerana terlalu khuatir, pemandu wanita ini turun dari kenderaannya untuk melihat jika terdapat sebarang calar berlaku semasa proses yang sangat memakan masa itu!

Akhirnya setelah terus mencuba tanpa menyerah kalah, dia berjaya mengundurkan keretanya. Jam pada waktu itu menunjukkan 7.59 sekali gus membuktikan bahawa dia mengambil masa hampir 10 minit hanya untuk melakukan tugas yang mudah bagi kaum lelaki dan pemandu wanita lain.

Tonton video ini dan jika anda sukakannya, kongsikan bersama rakan-rakan Facebook yang lain!

Sumber: cocomy

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds