Syarikat komunikasi digital, WhatsApp baru-baru ini telah membuat satu pengumuman rasmi mengenai pelancaran ciri terbaru yang membolehkan anda mengenal pasti sama ada sesuatu mesej itu dihantar secara ‘forward’ kepada anda.

Ciri yang baru dilancarkan pada 10 Julai lalu itu dikatakan bertujuan untuk ‘memberikan konteks tambahan yang membantu komunikasi antara satu sama lain dan komunikasi secara berkumpulan menjadi lebih mudah diikuti”.

Kredit: Thenextweb

Dengan adanya tambahan ciri baharu ini, setiap mesej yang di’forward’ akan memaparkan perkataan ‘Forwarded’ di atas mesej berkenaan. Hal ini secara langsung membantu anda mengenal pasti sama ada mesej tersebut ditulis sendiri oleh penghantar atau diambil daripada pihak ketiga.

Menurut WhatsApp, isu penyebaran berita palsu melalui aplikasi berkenaan telah mengakibatkan pelbagai masalah keganasan terutamanya di India. Dalam satu insiden terbaru yang berlaku pada 8 Julai lalu, sekumpulan perusuh telah bertindak membunuh lima individu selepas tersebarnya khabar angin menerusi WhatsApp yang menuduh mereka sebagai penculik kanak-kanak.

Kredit: Bloomberg

Mangsa melaporkan bahawa mereka telah diserang oleh 40 individu tidak dikenali manakala 3,000 lagi hanya menyaksikan insiden pertumpahan darah itu.

Dalam kes lain, khabar angin yang tersebar melalui WhatsApp turut menyebabkan seramai 29 nyawa terkorban di India. Mesej yang disebarkan secara meluas itu menyatakan bahawa mangsa terlibat dengan kumpulan penculikan kanak-kanak.

Kredit: Amanz

Justeru, bagi menangani masalah tersebut, kementerian teknologi dan maklumat India telah meminta jasa baik syarikat WhatsApp untuk mengambil tindakan lanjut selain menyatakan bahawa syarikat berkenaan tidak boleh mengelakkan ‘tanggungjawab dan rasa bertanggungjawab’ apabila penggunanya menyebarkan maklumat palsu.

Kredit: Thenextweb

Bagi pengguna WhatsApp, anda boleh mengemaskini aplikasi anda untuk menikmati ciri baharu tersebut.

Sumber: SAYS

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds