Kita semua sedia maklum mengenai berita 12 pemain bola sepak remaja Thailand dan seorang jurulatih yang terperangkap selama hampir tiga minggu di dalam gua Tham Luang. Bagaimanapun, misi penyelamatan kesemua mangsa telah berakhir dan mendapat perhatian secara global.

Kredit: News

Misi penyelamatan yang sentiasa menjadi ikutan ramai ini begitu sukar untuk diselesaikan kerana beberapa faktor seperti keadaan cuaca yang buruk, hujan lebat tanpa henti dan masalah laluan yang sempit sehingga menyebabkan seorang anggota tentera laut SEAL iaitu Saman Kunan maut pada pagi 6 Julai gara-gara kekurangan oksigen.

Kredit: News

Namun, kesemua 13 mangsa telah berjaya dibawa keluar dari gua berkenaan dan kejayaan operasi ini benar-benar menyentuh hati ramai pihak. Lebih menakjubkan lagi, sebuah produksi filem di Amerika Syarikat telah pun terbang ke Thailand bagi menghasilkan filem adaptasi daripada kejadian ini.

Menurut laporan, dua penerbit warga Amerika telah pun sampai ke lokasi kejadian semasa anggota penyelamat masih lagi berusaha mengeluarkan baki mangsa yang terperangkap.

Kredit: News

Ujar Michael Scott, pengurus bersama di Pure Flix, “Saya lihat ini sebagai filem Hollywood yang akan mencipta kejayaan pecah panggung”.

Kredit: Fox News

Selepas memeriksa keadaan persekitaran gua Tham Luang, Michael bersama-sama rakan penerbit iaitu Adam Smith kemudian merancang untuk membawa seorang penulis senario yang bertanggungjawab untuk memberikan visual dan gambaran karakter bagi melengkapkan filem tersebut.

Bukan setakat itu, mereka turut mengambil langkah awal dengan menemu bual watak-watak utama seperti para penyelamat dari luar negara, anggota tentera laut SEAL Thailand, mangsa dan keluarga yang terlibat bagi memberikan hak eksklusif dalam penceritaan mereka.

Kredit: News

“Nanti ada syarikat produksi yang akan datang jadi kami perlu bertindak cepat,” kata Adam Smith yang menjangka filem epik ini akan dimulakan pada akhir tahun 2019.

Sumber: World of Buzz

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds