Sebagai satu usaha membasmi penggunaan plastik, sekumpulan usahawan Taiwan menjumpai formula baharu dengan mencipta straw daripada tebu.

Kredit: Taiwan News

Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada menyokong usaha kerajaan Taiwan yang ingin menghentikan penggunaan plastik berkuat kuasa 1 Julai 2019.

Usahawan muda daripada Central Taiwan Innovation Campus akan menggunakan serat tebu yang dikitar semula malah, straw itu juga boleh dibiodegradasi.

Penemuan inovasi baharu itu dinamakan sebagai 100 Plastic Free yang membawa maksud bebas 100% daripada bahan plastik.

 

Kredit: Taiwan News

Malah, usahawana muda itu juga menolak perlawaan 20 syarikat korporat Cina untuk membeli teknologi tersebut dan berkeras untuk menjalankan usaha pembangunan dan inovasi mereka di Taiwan.

Pengasas 100 Plastic Free,  Huang Chien-chung berkata, beliau menolak tawaran itu disebabkan syarikatnya juga ingin menjalankan kerjasama dengan negara-negara lain.

Tambahnya, straw tersebut boleh ditanam didalam tanah tanpa merosakkan nutrien tanah.

Walaupun pada peringkat awal ramai yang meragui usaha mereka tetapi kini, straw tersebut sedang menjalani proses untuk dikomersialkan sebagai satu produk dan harganya akan diumumkan tidak lama lagi.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES

Video Popular

Ad will display in 09 seconds