Valkyrie merupakan seekor kucing baka Maine Coon yang berusia 2 dua bulan yang berjaya meraih perhatian pengguna internet. Sebabnya? Ia memiliki wajah persis muka manusia!

Tuan kepada kucing unik ini, Tatiana Rastorgueva telah berkongsi sebuah rakaman video dan beberapa keping gambar Valkyrie pada akaun Instagramnya dan hal tersebut membuatkan para pengikut Tatiana jatuh hati dengan penampilan unik anak kucing berkenaan.

Tidak pasti pula apa yang membuatkan wajah Valkyrie kelihatan seperti muka manusia, ataupun mungkin struktur tulang pada bahagian matanya? Cuba anda amati betul-betul. Apa pendapat anda?

Sumber: Instagram

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds