Dek menahan rindu yang menebal, seekor kucing bernama Yuuki sanggup menatap gambar potret tuannya sebagai satu cara melepaskan rindu.

Yuuki sangat beruntung kerana mendapat belas kasihan untuk dibela Max, seorang remaja berusia 19 tahun yang sedang menjalani latihan ketenteraan dibawah US Navy.

Pada awalnya, Max membela anak kucing itu menemani ibunya sekiranya dia tiada di rumah. Tetapi akhirnya,Yuuki lebih mesra dengan Max dan banyak meluangkan masa bersama di rumah.

Menurut ibunya, Nimritcher, Yuuki akan menetap potret tersebut setiap hari, mengiau, dan hingga tertidur bersebelahan potret tersebut.

Tambahnya lagi, Max sememangnya seorang pencinta haiwan dan mempunyai hati yang mulia terhadap makhluk itu.

Setiap hari, Max dan Yuuki meluangkan masa bersama tetapi saat-saat indah itu terhenti selepas Max melanjutkan pelajaran.

Tidak lama lagi, Yuuki akan dibawa keluarga Max untuk melawatnya di kem ketenteraan yang pasti akan membawa satu kejutan bermakna kepada kucing itu.

Perasaan cinta, kasih, dan rindu bukanlah satu perasaan yang dimiliki oleh manusia semata-mata tetapi juga bagi haiwan.

Bagi pencinta haiwan termasuklah pencinta si kucing, hubungan mereka tidak hanya sebagai tuan dan haiwan tetapi membawa erti persahabatan yang lebih besar.

Jika anda mempunyai memelihara haiwan peliharaan, jagalah ia dengan baik supaya anda juga akan sentiasa diingati.

Lihat video penuh kucing tersebut disini.

Era Baru

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds