CHIANG RAI – Kesemua 12 pemain bola sepak kanak-kanak dan seorang jurulatih yang terperangkap di dalam gua Tham Luang sejak 23 Jun lalu telah berjaya diselamatkan dan kini berada dalam keadaan stabil.

Dalam operasi penyelamatan pertama dan kedua yang dilakukan pada 8 dan 9 Julai, seramai lapan orang mangsa telah berjaya dibawa keluar manakala baki lima lagi diselamatkan dalam operasi yang dijalankan semalam (10 Julai).

Kredit: Katy Geraghty/Fairfax Australia

Menurut laporan agensi berita antarabangsa Reuters, mangsa terakhir daripada pasukan bola sepak Wild Boars itu berjaya dikeluarkan sekitar jam 6.50 petang semalam. Operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa ini menarik perhatian dunia sekali gus mencatatkan sejarah baharu.

Tentera Thailand berjalan keluar dari gua Tham Luang setelah usaha menyelamat berjaya diselesaikan

Kredit: Katy Geraghty/Fairfax Australia

“Kesemua 12 kanak-kanak dan seorang jurulatih telah dikeluarkan daripada gua dan mereka berada dalam keadaan selamat,” kata anggota unit SEAL tentera laut Thailand menerusi laman Facebook.

Sumber: Harian MetroKosmo

Share
Kategori: GLOBAL VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds