Kini, industri animasi dalam negara kian bergerak aktif bukan sahaja dalam pasaran tempatan malah ke luar negara.

Siri kartun tempatan popular seperti Upin Ipin, Boboiboy, dan Didi and Friends sememangnya menjadi kegemaran kanak-kanak di Malaysia kerana lawak jenakanya dan juga lagu-lagu yang menarik.

Lebih mengejutkan, kebanyakan lagu siri kartun animasi yang popular itu mendapat sentuhan oleh seorang jejaka, Yuri Wong.

Lagu-lagu tema beliau kini menjadi ‘topik utama’ untuk kanak-kanak bersembang malah tidak terlepas juga ibu bapa yang mengikuti siri tersebut bersama anak-anak mereka.

Populariti Yuri Wong mencapai kemuncak apabila menjuarai satu pertandingan realiti, Blast Off, pada tahun 2004.

Selepas kemenangan itu, kumpulannya mengorak langkah dengan mencipta lagu bertajuk “Girl” yang menjadi hits dalam carta Malaysia Top 10 dan dipaparkan dalam filem terkenal, Gol dan Gincu.

Kemudian, Yuri terus mengasah bakat dan kemahiran sebagai penerbit dan komposer muzik sehingga kini membuka studionya sendiri, The Factory.

Upin & Ipin

Lagu tema siri animasi Upin dan Ipin dihasilkan oleh Yuri Wong pada tahun 2007. Sehingga kini, lagu temanya masih mendapat kepercayaan penerbit kartun tersebut, Les Copaque. Animasi Upin & Ipin juga semakin berkembang ke 15 negara seperti di Indonesia dan Brunei.

Geng: Pengembaraan Bermula

Filem pertama Upin & Ipin turut mendapat sentuhan idea daripada Yuri Wong. Filem ini merupakan filem animasi 3D CGI pertama di Malaysia dan mendapat jumlah kutipan sebanyak RM 6.3 juta dalam masa dua bulan tayangan.

Boboiboy The Movie

Dengan lagu tema baru yang dicipta oleh Yuri Wong, ia turut membantu filem ini untuk memecah rekod filem animasi Malaysia dengan kutipan tertinggi sebanyak RM 13 juta dalam masa 17 hari tayangan.

Didi and Friends

Bukan hanya siri kartun genre aksi, malah Yuri Wong turut terlibat dalam pembikinan muzik kanak-kanak berbentuk pendidikan. Sejak diperkenalkan tahun 2014, muzik-muzik Didi and Friends menjadi hiburan utama kanak-kanak di Malaysia.  

Tonton video tentang Yuri Wong yang terkenal di sini:

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds