Maisie sedang nyenyak tidur di tempat duduk belakang kereta, tiba-tiba terjaga setelah lagu nyanyian Ed Sheeran dimainkan. Membuatkannya terjaga dan terus menggangkat tangannya seperti sedang berpesta.

Perjalanan dengan menaiki sebuah kereta boleh menjadi sangat menyelesakan, terutamanya untuk bayi. Sebenarnya, ramai ibu bapa menyukai anak-anak kecil mereka tidur dalam kenderaan. Kerana ia membantu kanak-kanak berasa bosan dan mengantuk.

Bukan sahaja untuk bayi dan kanak-kanak, malah orang dewasa pun menggemari untuk tidur sewaktu dalam perjalanan. Jadi dengan erti kata lain, anda boleh bayangkan betapa terkejutnya ibu bapa ini apabila anak perempuannya yang comel itu dibuai mimpi secara tiba-tiba terjaga sewaktu berada dalam perjalanan.

Seperti yang kita sedia maklum bahawa, jika bayi baru bangun ataupun terjaga secara tiba-tiba mereka cenderung untuk mula menangis dan meminta perhatian. Tetapi dalam paparan video ini, ia menunjukkan sebaliknya.

Si kecil yang bernama Maisie sedang tidur di tempat duduk penumpang di belakang kereta, tiba-tiba lagu nyanyian Ed Sheeran bertajuk ‘Don’t’ membuatnya terjaga dan terus menggangkat tangannya seperti sedang berpesta.

Dia menghayunkan tangannya sambil menggelengkan kepalanya. Lihatnya si kecil itu pasti sebelum dia terjaga, dia telah bertemu dengan penyanyi Ed Sheeran dalam mimpinya sebelum terjaga.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds