Cara yang sebenar untuk bermain dengan mainan spring, selama ini kita bermainnya dengan cara yang salah. Video yang menarik ini menunjukkan seorang jurujual di China mempersembahkan helah dengan menggunakan mainan spring yang dijualnya untuk menarik pelanggan. Tonton persembahan jurujual tersebut dalam video di bawah:

videoPlayerId=cfcd84290

Ad will display in 09 seconds

Video ini dilaporkan dirakam di bandar Shangrao, di timur laut wilayah Jiangxi, seorang jurujual menunjukkan kemahirannya dengan mainan spring retro di hadapan sekumpulan kanak-kanak di gerai mainannya.

Pada mulanya jurujual tersebut menunjukkan cara asas untuk bermain mainan itu sambil mengajar seorang kanak-kanak perempuan di hadapannya. Dia menunjukkan bagaimana mainan itu bergerak dan bagaimana warna-warna berubah ketika mainan itu bergerak. Kanak-kanak lelaki yang berada di situ juga kelihatan berminat dengan mainan tersebut.

Selepas mengajar kanak-kanak tersebut, jurujual tersebut mula menunjukkan kemahirannya mengendalikan mainan spring itu dengan melakukan pelbagai helah. Pertunjukkannya pasti akan membuat anda kagum apabila melihatnya, kerana siapa yang akan tahu bahawa spring plastik seperti itu dapat melakukan semua helah itu?

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds