Kisah hubungan antara haiwan dengan manusia, kadang kala lebih manis daripada hubungan sesama manusia. Ayuh, lihatlah video penuh tersebut  yang pasti akan mengalirkan air mata anda.

videoPlayerId=83a34d094

Ad will display in 09 seconds

Walaupun haiwan tidak dikurniakan akal yang sempurna seperti manusia, tetapi mereka dikurniakan hati dan perasaan kasih sayang yang amat sempurna.

Seperti kuda, kebanyakkan pakar mengatakan bahawa kuda akan menjadi rapat dengan manusia yang menjaga makan minumnya, berlatih, serta membersihkan diri mereka.

Di sebuah kawasan di Missouri, Amerika Syarikat, satu adegan menyayat hati antara kuda bersama tuannya berjaya dirakamkan.

Kebiasannya, apabila seseorang ingin menunggang kuda dia perlulah memanjat ke atas kuda tersebut.

Tetapi, bagi seorang lelaki tua, beliau mendapat layanan yang baik hingga kuda itu sanggup merendahkan dirinya untuk memberi peluang kepada tuannya itu duduk ke atas.

Disebabkan lelaki itu juga yang menjaga dan memeliharanya dengan baik, si kuda itu kini membalas jasa tuannya.

Lelaki tersebut dan kudanya telah hidup bersama pada tempoh yang lama. Disebabkan hubungan persahabatan yang erat, kuda itu sangat memahami tuannya yang tidak mempunyai kekuatan seperti dahulu.

Setiap kali lelaki tua itu mahu menunggang, kuda itu akan duduk hingga ke atas tanah dan menunggu tuannya untuk naik ke atas.

Apabila tuannya naik ke atas, kuda itu akan bangun untuk bersiar bersama-sama.

Era Baru

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds