Semalam, 10 Julai merupakan hari ulang tahun kelahiran yang ke-93 buat Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad. Bagi meraikan sambutan yang penuh bermakna itu, Perdana Menteri dan isteri tercinta, Tun Dr Siti Hasmah telah menyertai satu rancangan temubual yang disiarkan di Astro Gempak.

Menariknya, rancangan bual bicara itu telah dihoskan oleh artis cilik, Kashika Selvam yang baru berusia 10 tahun dan ianya menjadi buah mulut seluruh rakyat Malaysia yang terhibur melihat gelagat pasangan itu melayan kerenah Kashika.

Kredit: Astro Gempak/YouTube

Rancangan berkenaan yang dijalankan sempena meraikan ulang tahun kelahiran pemimpin negara (10 Julai) dan isteri tercinta (12 Julai) berjaya mencatatkan detik-detik yang comel, menggembirakan dan sangat memberi inspirasi.

#1. Ketika Tun Mahathir diminta untuk membongkar sesuatu yang isterinya tidak tahu

Kredit: Astro Gempak/YouTube

“Itu rahsia la..,” balas Tun Mahathir dengan nada yang melucukan.

#2. Ekspresi muka Tun ketika Kashika menyatakan bahawa Tun sering kelihatan agak serius

Kredit: Astro Gempak/YouTube

#3. Tun Siti Hasmah menyatakan perkara paling ‘gila’ yang Tun Mahathir pernah lakukan adalah dengan mengahwininya

Kredit: Astro Gempak/YouTube

Haha! Comel dan melucukan sungguh pasangan ini bukan?

#4. Tun Mahathir lebih sukakan genre muzik hip hop berbanding K-Pop

Kredit: Astro Gempak/YouTube

#5. Tun Mahathir sentiasa ingin membawa isterinya ke mana sahaja beliau pergi

Kredit: Astro Gempak/YouTube

“Tapi Tun Siti tak suka saya ceramah. Dia tidur, lena,” respon Tun Mahathir diiringi gelak tawa Tun Siti.

#6. Tun Mahathir cuba mengelakkan ciuman daripada isterinya tetapi tidak berjaya

Kredit: Astro Gempak/YouTube

Bercinta dari muda sehingga ke tua…

#7. Tun Siti menunjukkan kemahirannya bermain piano

Kredit: Astro Gempak/YouTube

Sambil memainkan lagu klasik Rasa Sayang, Kashika menyanyikan dengan merdu di sisi Tun Siti.

Semoga kedua-dua tokoh negara ini bahagia hingga ke Jannah!

Sumber: SAYS

Era Baru

Share
Kategori: HIBURAN NASIONAL VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds