Martina Desjarlais adalah seorang individu yang sangat berpegang teguh dan masih mengekalkan budaya asli masyarakat Kanada. Disebabkan itu juga, Martina memutuskan untuk membesarkan anak lelakinya dengan menerapkan unsur-unsur kebudayaan kebanggaan mereka.

videoPlayerId=ed6b6ee7f

Ad will display in 09 seconds

Antara kaedah yang dilakukan oleh Martina adalah dengan mengajar anaknya beberapa tarian serta lagu tradisional masyarakat asli Kanada.

Baru-baru ini, Martina telah memuat naik satu video yang menunjukkan bagaimana anak lelakinya, Albert mempersembahkan tarian tradisional dengan sempurna. Perkara ini membuatkan ramai yang terpegun melihat bakat besar daripada tubuh si kecil itu!

Pada awalnya, Martina hanya mengajar anaknya tarian tradisional itu di satu tempat yang tertutup. Tetapi, dalam masa beberapa saat sahaja, Albert sudah memahiri setiap pergerakan dan cuba meniru semula tarian itu sebaik mungkin.

Setelah menyedari bakat anaknya itu, Martina terus memilih pakaian tradisional yang sempurna untuk anaknya dan mereka telah melakukan persembahan di hadapan sekumpulan kecil penonton di Camrose.

Walaupun diperhatikan oleh banyak mata, Albert yang bersaiz kecil langsung tidak menunjukkan rasa gentar. Malah, dia berdiri tegap dan bersedia untuk mempersembahkan rutin tariannya yang comel itu.

Seronoknya rasanya melihat si ibu berjaya mewarisi adat dan budaya mereka kepada generasi baharu. Tonton video di bawah dan jangan lupa untuk kongsikannya!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds