Di Malaysia, trend mengupah jurugambar profesional untuk merakamkan detik-detik indah semakin berkembang namun hanya terhad kepada acara tertentu sahaja seperti majlis perkahwinan, majlis graduasi dan sambutan perayaan.

Tetapi di Barat, masyarakat di sana lebih maju dan kebanyakannya sanggup menghabiskan wang untuk mendapatkan perkhidmatan jurugambar terbaik. Seperti keluarga ini di mana mereka telah mengupah khidmat jurugambar untuk merakamkan detik kelahiran bayi mereka.

Ikuti kisah yang diceritakan sendiri oleh jurugambar ini…

Saya diberi peluang untuk memberikan perkhidmatan kepada keluarga Brooke dan merakamkan detik istimewa ketika Brooke melahirkan dua anak pertamanya. Saya masih ingat semasa putera sulungnya Boyd dilahirkan, Brooke memelihara seekor anjing baka Corgi bernama Ryder.

Ranger menemani Brooke ke luar rumah untuk melegakan kesakitan

Ryder adalah seekor anjing yang penyayang. Ia akan datang dan memeriksa keadaan ibunya yang bakal melahirkan seolah-olah ingin memastikan segalanya baik-baik sahaja. Ryder akan memeluk dan melihat Brooke menahan kesakitan serta berada di sisi ibunya itu sepanjang proses melahirkan.

Namun semasa kelahiran anak Brooke yang kedua iaitu Berkeley, Ryder tidak berpeluang untuk menjaga ‘kebajikan’ ibunya tetapi abang kepada Ryder iaitu Ranger telah menggantikan tanggungjawab Ryder.

Sebaik sahaja saya melangkah masuk, Ranger kelihatan sangat teruja. Ia segera menyapa saya dan berlari menuju ke bilik Brooke. Ranger hanya duduk di bawah katil sambil memerhatikan Brooke menahan kesakitan sewaktu melahirkan Berkeley. Ada beberapa ketika, Ranger akan melompat di atas katil untuk memberikan ciuman kepada Brooke. Sememangnya, satu detik yang terlalu indah…

Kemudian, Ranger beralih kedudukan dan duduk di atas sofa sambil melihat ibu tercinta menahan sakit. Sambil dibantu oleh suaminya, Steve dan seorang doula (pembantu kelahiran yang dibayar bagi menyokong si ibu semasa proses kelahiran dan bersalin), Brooke terus berusaha menahan sakit demi melahirkan bayinya.

Pada masa yang sama, Ranger turut tidak melupakan tanggungjawabnya dengan memberikan ciuman semangat kepada Brooke sebelum kembali ke sofa dan menantikan kelahiran ahli keluarga baharu mereka. Ranger seolah-olah tahu Brooke mampu menangani segalanya dan akan berada dalam keadaan yang baik.

Setelah menanti dengan penuh kesabaran, akhirnya tangisan Berkeley memecah suasana di bilik tersebut. Ranger turut berasa teruja dan terus melompat dari sofa untuk melihat ‘adik perempuannya’ yang comel itu. Ranger tetap berada di sisi Brooke dan Berkeley dan melihat segala proses yang perlu seperti menimbang Berkeley dan memakaikan pakaian bayi pertamanya.

Apabila saya kembali ke rumah, saya seolah-olah berada di syurga semasa melihat detik-detik indah kelahiran ini. Segalanya sempurna. Ketika saya menghantar gambar-gambar tersebut kepada Brooke, dia terkejut dan tidak sangka Ranger sentiasa berada di sana untuk meraikan bayinya itu.

Tidak sangka, seekor anjing mempunyai perasaan yang dipenuhi dengan kasih sayang. Lebih menyentuh hati lagi apabila Brooke boleh melihat kedua-dua anjing Corgi kesayangannya yang sentiasa ada untuk menyokong proses tersebut.

Sumber: Bored Panda

Era Baru

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds