Pergi ke mana sahaja pasti anda boleh melihat sendiri lambakan durian yang dijual di tepi-tepi jalan. Mana tidaknya, sekarang memang sedang musim buah jadi tidak hairanlah ke mana sahaja anda pergi pasti boleh menikmati sendiri aroma buah durian. Bagi yang meminati durian, ini adalah masa keemasan buat anda untuk mendapatkan buah durian terbaik dengan harga yang berpatutan.

Kredit: Places And Foods

Tetapi apa yang kurang menyeronokkan ialah apabila durian yang dibeli tidak seperti yang disangka. Jika dilihat durian yang ditunjukkan di tempat membeli durian nampak elok dan menyelerakan tetapi selepas anda membeli dan membawa pulang isinya tidak seperti yang diharapkan. Ada durian yang isinya keras, masam atau mungkin isinya tidak banyak. Pasti sangat mengecewakan bukan?

Jadi, anda mungkin boleh mengikuti tips yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Azlan Noor ketika membeli durian. Anda pasti tidak akan kecewa lagi!

Kredit:  Azlan Noor / Facebook

Berikut adalah 10 tips untuk memilih durian yang baik:

1. Bentuk durian

Durian yang berbentuk bulat dikatakan mempunyai isi yang banyak berbanding durian yang berbentuk lonjong.

Kredit:  Resorts World Sentosa

2. Berat durian

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa semakin ringan buah durian, semakin banyak isi durian tersebut. Kalau ada dua biji durian yang sama saiznya, pilih yang paling ringan.

Kredit: Bangka Pos – Tribunnews.com

3. Tangkai

Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai yang kering atau terpotong. Jangan beli durian yang tidak mempunyai tangkai.

Kredit: Discover SG

4. Bunyi

Ketuk buah durian dan pilih durian yang berbunyi padat semasa diketuk.

Kredit: BrainStuff

5. Duri

Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk mendapatkan isi yang padat.

Kredit: Erra Kyra

6. Bau

Hidu durian dan cari yang berbau manis.

Kredit: Lifestyle Okezone

7. Juring

Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi durian.

Kredit: bisnis

8. Kulit

Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit buah durian. Kalau ada tompok hitam itu tandanya isi di dalamnya buruk.

Kredit: Year of the Durian

9. Warna

Dah siap pilih tu, minta penjual belah durian untuk merasa dan lihat sendiri isinya. Ini kerana kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu dengan warna durian.

Kredit: Sixthseal

10. Musim

Beli durian ketika musim panas atau kering. Jangan beli durian semasa musim hujan atau lembap.

Kredit: MEDIA CENTER

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds