Permainan halangan kembung adalah menyeronokkan, dan kanak-kanak kecil ini adalah yang terbaik daripada segala-galanya. Walaupun sering kali jatuh rebah dilanggar halangan, dia terus bangun berdiri. Itulah semangat yang kita mahukan!

videoPlayerId=ca08b91f6

Ad will display in 09 seconds

Pada awal video menunjukkan dia dan kanak-kanak yang lain bersedia untuk menghadapi halangan yang berpusing tersebut. Kanak-kanak lain dilihat menggunakan pelbagai cara untuk melepasi halangan tersebut. Ada yang tunduk dan ada yang melompat.

Namun bagi kanak-kanak ini, setiap kali halangan tiba dia kelihatan gagal untuk melepasi halangan tersebut. Pada percubaan pertama ia cuba melompat, tetapi nampaknya lompatanya itu gagal untuk melepasi halangan tersebut. Ini yang berlaku:

Ia bangun dan kembali berdiri di kedudukannya sambil senyum ke arah kamera. Belum sempat dia bersedia, halangan datang melanggarnya. Kelihatan seperti dia gembira dilanggar daripada melepasi halangan tersebut.

Kanak-kanak sering mengajar kita erti kehidupan yang paling penting, dan kanak-kanak ini menunjukkan kepada kita bahawa tekad adalah kunci kehidupan. Jika anda mahukan sesuatu, jangan berputus asa. Teruskan sehingga anda melakukannya dengan betul.

Tonton apa yang terjadi di akhir video, anda pasti ketawa melihat gelagatnya:

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds