Marcel Hirscher adalah pelumba ski dari Australia yang telah mengharumkan nama negaranya dalam bermacam-macam pertandingan ski. Dikenali sebagai peserta ski terbaik dunia, sesiapa pun pasti akan berasa kagum apabila melihat persembahannya dalam sukan lasak tersebut.

videoPlayerId=17ff8fc82

Ad will display in 09 seconds

Kali ini dia telah mencabar dirinya untuk membuat pertunjukan yang luar biasa iaitu bermain ski sambil melintasi laluan tiang yang dipenuhi dengan serbuk berwarna.

Dengan mengenakan sut putih, anda akan dapat melihat hasil yang begitu memukau seperti yang dirakam dalam video ini.

Setiap pergerakkannya melintasi tiang tersebut dilakukan dengan begitu cermat dan penuh disiplin.

Lihatlah serakan serbuk berwarna tersebut, sungguh cantik bukan? Menurut Marcel, itu adalah pengalaman yang luar biasa buat dirinya sepanjang bermain ski.

Tujuan mereka melakukan projek itu adalah untuk menawarkan elemen baharu dan hebat dalam permainan ski. Mereka berharap cara ini dapat menarik minat ramai orang untuk mencuba dan menceburkan diri dalam sukan lasak ini.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds