Edwin Sorto atau lebih mesra dipanggil sebagai Encik Sorto merupakan seorang guru tadika yang juga merupakan guru yang mengajar menari. Dia telah mengajar tarian salsa kepada anak muridnya yang berusia lima tahun.

videoPlayerId=3d2f73858

Ad will display in 09 seconds

Menari merupakan subjek yang melengkapi kurikulum sekolah. Selain daripada menari, Encik Sorto juga fokus pada pengajaran Matematik, Sains Asas, Seni dan Bahasa Sepanyol.

Menurut guru ini lagi, sama ada melalui latihan membaca atau menari, dia percaya setiap aktiviti itu akan memberi kesan besar terhadap perkembangan anak-anak muridnya.

Ibu bapa murid-murid juga berbangga melihat reaksi anak mereka melalui video tarian yang dirakam oleh guru tersebut.

Hasil latihan yang berterusan, kumpulan kanak-kanak ini begitu mahir menari tarian tersebut. Mereka bukan sahaja mahir menari malah dalam masa yang sama, guru ini telah berjaya membentuk keyakinan anak-anak muridnya.

Selain itu, kemahiran sosial antara kanak-kanak ini dilihat semakin baik. Mereka ramah dan mudah mesra antara satu sama lain. Bertuah sungguh kanak-kanak ini kerana mempunyai guru yang sungguh berdedikasi seperti Encik Sorto.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds