Ini adalah pasangan rakan baik si ayam dan si anjing kecil Chihuahua. Sebelum dipertemukan dan menjadi rakan baik, perjalanan kehidupan mereka amat berliku dan menyedihkan.

videoPlayerId=7195dc3ee

Ad will display in 09 seconds

Penny adalah seekor ayam berupa pelik yang telah diselamatkan dari pusat ujikaji dan eksperimentasi semasa usianya baru enam minggu. Pemilik barunya, Alicia Williams telah memberinya kehidupan baru yang hebat. Oleh kerana ayam seekor haiwan yang suka bersosial, Alicia telah membawa Penny ke tempat bekerjanya di sebuah hospital haiwan.

Roo pula ialah seekor anjing Chihuahua yang telah diselamatkan setelah ditinggalkan di dalam sebuah parit. Sebab mengapa ia ditinggalkan tidak diketahui, tetapi mungkin kerana ia telah dilahirkan dengan memiliki dua kaki sahaja. Suatu hari selepas Roo diselamatkan, ia telah dibawa ke hospital haiwan, tempat di mana Alicia bekerja.

Penny dan Roo dipertemukan di hospital haiwan tersebut. Selepas itu, mereka menjadi akrab dan melakukan segala aktiviti bersama-sama. Salah satu kegemaran mereka ialah berjalan di tepi pantai dan bersiar-siar di dalam hutan.

Kedua-duanya melalui pengalaman pahit pada peringkat permulaan kehidupan kerana telah dilayan dengan buruk oleh manusia, tetapi kini mereka bertuah kerana memiliki tempat tinggal yang lebih baik bersama pemilik baru yang penyayang. Mereka berlainan spesies dan memiliki kekurangan pada diri tetapi mereka gembira kerana dapat saling bersama dan menyokong satu sama lain.

Ikuti video perjalanan hidup dua rakan baik ini yang telah mengajar kita supaya tidak mengapa menjadi unik dan berbeza.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds