Ketika Richard Meston berada di Botanical Garden di Bicton Park, berhampiran Sidmouth, Devon, di England, dia bertemu seekor ibu angsa bersama anak-anaknya yang sangat comel!

videoPlayerId=816ad3e15

Ad will display in 09 seconds

Apabila sedang berenang, kelihatan beberapa anak-anak angsa memanjat belakang ibu mereka. Ibunya nampaknya tidak keberatan, dan juga memberi mereka bantuan untuk memanjatnya. Pada mulanya, video menunjukkan tiga ekor anaknya sudah berada di belakangnya.

Tidak lama kemudian, anak-anaknya yang lain melakukan perkara sama. Seekor demi seekor, masing-masing memanjat di belakang ibunya dan berlindung di bawah sayapnya. Anaknya yang terakhir memanjat mengalami kesukaran untuk memanjat belakang ibunya kerana ruang sudah sempit. Kelihatan ia hampir terjatuh ke dalam air semula semasa sedang memanjat.

Setelah semua berjaya memanjat, ibu angsa tersebut meletakkan kedua sayap di atas anak-anaknya seolah-olah melindungi mereka daripada terjatuh ketika sedang berenang.

Ia terus memandang ke belakang untuk memastikan semua anaknya selamat berada di belakangnya. Kemudian ia berenang di sekitar kolam dengan mereka. Sangat comel!

Untuk mengetahui berapa ekor anak angsa yang muat di belakang ibu mereka, tonton video di bawah:

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds