Kuda merupakan haiwan paling mengagumkan kerana ia bijak, lembut dan penyayang pada masa yang sama. Kuda boleh berkawan dengan apa sahaja jenis makhluk dan haiwan yang lain tidak kira sama ada ia berada di darat mahupun di air.

videoPlayerId=3e21084e3

Ad will display in 09 seconds

Dalam video ini, seekor kuda telah membuat keputusan untuk bersiar-siar di tepi pantai apabila secara kebetulan ia telah berkenalan dengan sekumpulan kawan barunya.

Seorang wanita membawa kudanya yang bernama Breeze untuk bersiar-siar dan mengambil angin di tepi pantai, apabila secara tiba-tiba dia menjadi terkejut dengan apa yang dilihatnya.

Semasa Breeze sedang berseronok ketika berada di dalam air laut, tiba-tiba ia telah disapa oleh tiga kelibat bersirip yang ramah dan mengajak Breeze untuk bermain bersama mereka. Ada kuda yang akan berasa terkejut dan takut apabila melihat kelibat yang sedang berenang begitu. Tetapi tidak bagi Breeze, yang suka melihat tiga ekor ikan lumba-lumba sedang berenang di sebelahnya sambil mengajaknya bermain dan berkawan.

Video ini telah menjadi tular dengan ditontoni sebanyak lebih 746,000 kali. Amat mengagumkan apabila melihat persahabatan yang baru bermula di antara seekor kuda dan tiga ekor ikan lumba-lumba.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds