Beberapa bulan yang lalu, bintang YouTube Casey Neistat sudah mempunyai idea yang luar biasa untuk menaiki permaidani ajaib di sekitar laluan bandar New York dengan berpakaian seperti Aladdin.

videoPlayerId=b410b16bf

Ad will display in 09 seconds

Saluran YouTube PrankvsPrank memutuskan untuk menghasilkan aksi yang serupa di San Francisco, kali ini bukan sahaja menampilkan Aladdin, tetapi juga teman wanitanya Jasmine. Dengan menjadikan mercu tanda ikonik San Francisco sebagai tempat Jasmine menunggunya, Aladdin dalam perjalanan untuk menjemputnya.

Sepanjang perjalanan itu dengan menaiki permaidani ajaibnya, anda boleh membayangkan bahawa orang melihat kelihatan keliru malah teruja melihat watak Aladdin berada di sekitar bandar. Mereka pada mulanya tidak menyedari apa yang sedang berlaku.

Jesse Wellens dari saluran YouTube PrankvsPrank dan pemegang watak cosplay Jasmine iaitu Jessica Shanholtz merakam perjalanan dengan menaiki ‘permaidani ajaib’ elektrik yang indah di sekitar San Francisco. Ini adalah susulan kepada rakaman perjalanan permaidani elektrik Jesse di sekitar bandar New York pada bulan Oktober 2015.

Sewaktu rakaman itu, Jesse mengeluarkan sudut pandangan 360 darjah perjalanan San Francisco-nya sambil dibantu oleh Jon Graham untuk mengendalikan rakaman melalui drone juga.

Rakaman mereka telah berjaya menghidupkan kedua-dua watak ini pada persekitaran moden. Melhatkan video ini, sudah tentu sekali kita juga ingin mencuba menaiki permaidani ajaib moden ini. Ia kelihatan menyeronokkan!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds