Sehingga kini, sejumlah lapan orang remaja telah berjaya diselamatkan dalam operasi menyelamat 12 orang remaja dan seorang jurulatih yang terperangkap dalam gua Tham Luang, Thailand sejak 23 Jun lalu. Mangsa berjaya diselamatkan semalam, Isnin 9 Julai.

Kredit: Royal Thai Navy

Hal ini bermakna, hanya tinggal empat orang remaja dan seorang jurulatih yang berumur 25 tahun yang masih lagi terperangkap di dalam gua berkenaan. CNN melaporkan bahawa operasi menyelamat terpaksa ditangguhkan kerana hari sudah malam dan akan dilaporkan akan bersambung pada hari ini.

Kredit: Ekkaphol Chantawong

Semuanya bermula apabila kumpulan yang terdiri daripada 12 remaja lelaki Thailand berusia antara 11-16 dan seorang jurulatih berusia 25 tahun, pergi ke gua Tham Luang selepas latihan bola sepak. Malangnya, mereka terperangkap di dalam gua ketika hujan monsun yang akhirnya menyebabkan air banjir meningkat di dalam gua.

Kredit: Royal Thai Navy

Setelah 10 hari terperangkap di dalam gelap, pasukan penyelam penyelamat akhirnya berjaya menjumpai mereka dalam keadaan masih hidup dan baik. Pasukan penyelamat kemudiannya menetapkan untuk menyelamatkan mangsa secepat mungkin, sebelum musim hujan yang diramalkan tiba dan menjadikan operasi menyelamat lebih sukar.

Baru-baru ini, empat orang remaja lelaki dipilih untuk memulakan perjalanan untuk keluar dari gua itu dengan iringan penyelam professional.

Kredit: Thai Navy SEAL

Ketua operasi Narongsak Osottanakorn mengesahkan bahawa keputusan itu diambil setelah mereka menjalani pemeriksaan kesihatan dan beliau turut menegaskan bahawa misi penyelamatan itu berlangsung lebih cepat daripada yang dijangkakan.

Dilaporkan bahawa sebelum ini, penyelam mengambil masa kira-kira 11 jam untuk masuk dan keluar dari gua. Walau bagaimanapun, semalam, selepas sembilan jam, dua mangsa akhirnya muncul dari gua dengan dilengkapi topeng menyelam kalis air, iaitu topeng penuh yang membenarkan pemakai bernafas seperti biasa di dalam air.

Sejurus kemudian, antara jam 5.50 petang – 7.50 petang, dua orang remaja lagi berjaya keluar dari gua berkenaan, lapor Channel NewsAsia.

Kredit: Lauren Decicca/Getty Images

Apabila mangsa muncul di permukaan, tepukan gemuruh bergema dari penonton dan pasukan yang telah bekerja dengan gigih untuk menyelamatkan mereka. Para penyelam dan mangsa saling berpelukan, sebelum dibawa ke sebuah hospital di Chiang Rai.

Kredit: Guardian News/YouTube

Seterusnya, sekumpulan 90 orang penyelam sedang berusaha menyelamatkan baki mangsa yang masih terperangkap di dalam gua.

Kredit: Channel NewsAsia

Perjalanan masuk dan keluar dari gua berkenaan bukanlah sesuatu yang mudah kerana mangsa merupakan perenang yang lemah, dan mereka perlu melalui jalan sempit dan berenang melalui saluran banjir yang saiznya lebih kecil dari saiz normal orang dewasa. Tambahan pula, air yang keruh menyebabkan misi menjadi lebih sukar. Jadi mereka hanya boleh berinteraksi dengan sentuhan sesama sendiri kerana penglihatan yang tidak jelas di dalam air.

Kredit: The Guardian

Minggu lalu, misi berbahaya itu telah menyebabkan kematian bekas penyelamat Tentera Laut Thailand, Saman Kunan.

Kunan ditugaskan untuk menghantar tangki oksigen di dalam gua, tetapi dalam perjalanan keluar dari gua berkenaan, mendiang hilang kesedaran kerana kehabisan bekalan oksigen untuk diri sendiri.

Mendiang merupakan bekas anggota Angkatan Laut Thailand, yang selepas itu berkhidmat sebagai pegawai peronda di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok sejak tahun 2006. Apbila mengetahui tentang berita ini, Kunan dengan sukarela mahu membantu mangsa keluar dari gua itu.

Kredit: Guardian News

Menurut video yang dilaporkan oleh The Guardian, mendiang ada merakam video sebelum berangkat pergi ke misi menyelamat berkenaan. Mendiang mengatakan “Saya berada di lapangan terbang Suvarnabhumi menunggu untuk menaiki pesawat untuk menyertai misi di Chiang Rai.

“Saya diiringi doktor dari angkatan laut dan penyelam dari SeaWorld yang turut menyumbangkan banyak peralatan menyelam. Jumpa anda petang ini, kami akan membawa anak-anak itu ke rumah.”

Kredit: pocasians_/Twitter

Pegawai Tentera Laut Thai memberi penghormatan kepada Kunan, dengan mengatakan bahawa mendiang adalah anggota yang mahir dan berbakat, dan seorang atlet triatlon yang menyukai sukan yang mencabar.

“Walaupun selepas meninggalkan unit Seal, dia masih terus berhubung dan mengekalkan hubungan dengan rakan-rakan sejawatnya yang lain. Semangat dan niat baiknya akan sentiasa berada dengan keluarga SEAL. Hari ini, kamu akan mendapat rehat yang secukupnya. Kami akan menyelesaikan misi ini untuk kamu. “

Sumber: SAYS

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds