Bagaimana jika anda mengatakan bahawa anda tidak tahu melukis dan lebih-lebih lagi apabila diminta menghasilkan lukisan tiga dimensi. Jangan bimbang, kerana dalam paparan video kali ini anda akan belajar satu teknik asas dalam menghasilkan lukisan berbentuk tiga dimensi.

videoPlayerId=8f0f6cd96

Ad will display in 09 seconds

Seorang artis terlatih sudah boleh menghasilkan sebuah lukisan yang terperinci, tetapi apabila mereka mencapai penguasaan sebenar melalui perspektif dan ruang tiga dimensi, seni mereka secara tidak langsung akan mencapai tahap yang baru.

Kadang-kadang apabila kita terbayangkan sesuatu benda dan cuba untuk melakarnya pada sekeping kertas sudah mencukupi untuk membuatkan hati anda terbuka untuk melukis. Dalam erti kata lain, video ini pasti akan membuka hati anda untuk melakukan sesuatu yang baru.

Dengan menggunakan penanda pen dan pensil serta garis-garis yang membentuk objek ringkas sudah cukup untuk menghasilkan lukisan tiga dimensi muncul keatas kertas.

Anda hanya perlu melakar garisan demi garisan dan cuba menambahkan pelbagai warna dan juga bayang menggunakan pensil warna sehingga membentuk ilusi mata.

Selepas itu, anda boleh menambah beberapa lakaran seperti mata ataupun ciri-ciri unik pada lukisan tersebut. Maka hasilnya adalah sungguh mengagumkan dan siapa sangka sesiapa sahaja pun boleh mengahsilkan lukisan tiga dimensi jika anda tahu asas dalam penggunakan garisan.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds