TOKYO – Banjir besar yang melanda beberapa kawasan di Jepun kini dilaporkan telah meragut kira-kira 122 nyawa.

Menurut jurucakap kerajaan Jepun, berdasarkan laporan, angka kematian akibat bencana tersebut telah meningkat kepada 122 orang manakala 79 lagi penduduk dipercayai masih hilang. Dalam misi penyelamatan itu, seramai 70,000 anggota termasuk polis, bomba dan penyelamat serta tentera telah dikerahkan ke lokasi terbabit untuk mengesan mangsa-mangsa banjir.

Kredit: Kyodo/Reuters

Memetik laporan daripada Sinar Online, jumlah kematian yang dicatatkan adalah yang terburuk penah berlaku dalam sejarah melibatkan bencana banjir. Hal ini secara langsung memaksa Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe memutuskan untuk membatalkan lawatannya ke empat negara.

Sementara itu, operasi menyelamat kini ditumpukan di kawasan yang sebelum ini terputus bekalan elektrik dan air akibat banjir serta tanah runtuh.

“Kami tidak boleh mandi, tandas tidak berfungsi dan stok makanan semakin kurang,” ujar Yumeko Matsui, salah seorang mangsa banjir di Mihara yang terputus bekalan air sejak Sabtu lalu.

Kredit: The Daily Star

Menurut laporan televisyen nasional NHK, fenomena banjir besar ini telah menyebabkan jutaan penduduk di Jepun terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing. Hal ini kerana jabatan kaji cuaca telah mengeluarkan amaran mengenai perubahan cuaca secara mendadak dan ribut petir selain kemungkinan berlaku risiko tanah runtuh.

Sumber: Astro AwaniSinar Online, The Guardian

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds