Bayi memang mudah mengenali orang yang sentiasa berada di sisinya seperti ibu dan ayah. Selain itu, ada juga bayi yang tidak dapat mengecam malah menangis apabila ibu bapanya yang berkaca mata itu menanggalkan kaca mata mereka.

videoPlayerId=90ec71bfd

Ad will display in 09 seconds

Nampaknya bayi perempuan dalam video ini juga menunjukkan reaksi yang mengejutkan setiap orang apabila melihat penampilan baharu ayahnya.

Pada mulanya, dua beranak ini bermain sembunyi wajah dengan menggunakan selimut. Anistyn Claire yang berusia 7 bulan itu dilihat begitu gembira dan terhibur setiap kali ayahnya yang berjanggut lebat itu menurunkan selimut yang menutup wajahnya.

Kemudian, si ayah pergi mencukur janggut lebatnya dan dia kelihatan seperti orang lain. Selepas itu, dia bermain sembunyi wajah bersama bayi perempuannya itu.

Namun, Anistyn tidak menunjukkan tanda-tanda dia gembira untuk bermain permainan tersebut. Anistyn menundukkan wajahnya dan reaksinya itu menunjukkan seperti dia tidak sanggup melihat wajah lelaki ‘baharu’ yang berada di hadapannya itu.

Ayahnya memanggilnya berkali-kali dan memeluknya, namun Anistyn tidak memberi tindak balas yang baik, dia kelihatan bingung.

Akhirnya Anistyn pun menangis semahu-mahunya. Dia seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan bahawa lelaki itu adalah ayahnya. Dia begitu sedih melihat penampilan baharu ayahnya yang tidak berjanggut itu.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds