‘Meluntur buluh biarlah dari rebungnya’ membawa maksud hendak mengajar anak biarlah dari kecil. Peribahasa ini amat sesuai untuk ibu bapa memulakan pengajaran dari rumah buat anak-anak mereka. Ini kerana banyak perkara yang boleh dilakukan di rumah sebenarnya yang dapat membentuk keyakinan dan kepintaran anak-anak dari kecil.

videoPlayerId=8b04dbbda

Ad will display in 09 seconds

Contohnya seperti kanak-kanak Rusia, Lyonya Shilovsky yang berusia 3 tahun ini. Dia begitu mahir bermain alat muzim dram dan bakat yang dimilikinya itu seperti pemuzik profesional.

Lyonya telah mengejutkan ramai orang selepas muncul dalam ‘Minute of Fame‘ yang merupakan rancangan pertunjukan bakat di Rusia. Dia telah memukau ramai orang dengan persembahan muzik tersebut.

Tidak disangkal lagi, kanak-kanak adalah ciptaan Tuhan yang penuh keajaiban. Ini kerana ada kanak-kanak yang dilahirkan dengan bakat semula jadi dan mampu bermain alat muzik pada usia yang muda.

Antara kaedah untuk mengasah bakat anak-anak sejak dari kecil ialah kenali terlebih dahulu minat anak-anak dan jangan paksa mereka melakukan perkara yang mereka tidak suka.

Selain itu, tetapkan masa untuk berlatih dan ‘goal‘ untuk setiap sesi latihan. Mungkin dengan cara memberi hadiah, anak-anak akan lebih berusaha untuk berlatih. Akhir sekali, hormati kesukaan anak-anak dan berikan sokongan kepada mereka.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds