Saat gigi susu mula goyang adalah detik yang cukup mencemaskan dan mendebarkan bagi kanak-kanak. Ada kakak atau abang yang menakut-nakutkan mereka bahawa mencabut gigi tersebut sangat menyakitkan dan akan menyebabkan darah banyak keluar.

videoPlayerId=908df7cf7

Ad will display in 09 seconds

Namun ada juga ahli keluarga yang memberi sokongan padu kepada kanak-kanak ini dengan menunjukkan atau mencadangkan pelbagai cara untuk mencabut gigi. Kebanyakannya mengatakan cara tersebut mudah dan tidak menyakitkan.

Pelbagai ragam dan telatah kanak-kanak ini saat misi mencabut gigi dijalankan. Ada yang begitu takut sehingga tidak sanggup untuk menghadapinya. Namun mereka begitu terkejut dan gembira kerana teknik yang digunakan berjaya mencabut gigi yang goyang tersebut.

Seperti kanak-kanak ini, dia cuba mencabut gigi dengan menggunakan tali yang diikat pada gigi yang goyang dan kemudian tali tersebut diikat pada tombol pintu.

Pasti anda juga berasa berdebar-debar bukan untuk melakukan teknik ini. Samalah seperti kanak-kanak ini. Dia begitu gementar dan ragu-ragu untuk melakukannya sehinggalah ibunya sendiri yang menutupkan pintu tersebut.

Ada juga kanak-kanak yang menggunakan alat permainan mereka untuk mencabut gigi yang goyang seperti kanak-kanak ini. Tontonlah video tersebut untuk melihat betapa gembiranya dia apabila giginya itu sudah tertanggal.

Ada juga yang menggunakan khidmat haiwan peliharaan seperti ayam dan anjing. Tetapi teknik yang digunakan oleh kanak-kanak perempuan ini nampaknya begitu berbeza sekali. Dia menggunakan khidmat burung untuk mencabut gigi yang goyang itu. Tidak disangka, teknik ini berkesan!

Tidak kira teknik apa pun yang digunakan namun perlulah ada pengawasan orang yang lebih dewasa.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds