Sudah melebihi dua minggu sejak 12 remaja dan jurulatih bola sepak mereka terperangkap dalam sebuah gua selepas hujan lebat membanjiri laluan masuk dan menyekat jalan keluar mereka.

Walaupun terperangkap dalam gua yang gelap gelita dengan sumber makanan dan air yang minima. Mereka berjaya menahan diri mereka daripada kelaparan selama sembilan hari sebelum ditemui oleh penyelam pada hari Isnin (2 Julai).

Kini, ketika usaha penyelamat sedang dijalankan, empat remaja telah berjaya dibawa keluar malam tadi (8 Julai). Hari ini, operasi itu berterusan dalam usaha untuk menyelamatkan baki lapan remaja dan jurulatihnya untuk dikeluarkan.

Misi menyelamat ini telah menarik perhatian dunia, ramai telah memuji dan mendapat insirasi oleh jurulatih berusia 25 tahun, Ekapol Chanthawong, yang berjaya mengekalkan semua 12 remaja untuk terus tidak berputus asa dan tenang sewaktu mereka terperangkap. Kisahnya yang luar biasa baru-baru ini telah tular di serata media sosial, dengan berjuta-juta netizen memuji dia kerana kerja keras dan dedikasinya.

Inilah ringkasan kisah yang menyentuh mengenai Ekapol;

1. Kejadian tragis menyebabkan Ekapol menjadi seorang anak yatim pada usia 10 tahun

Sumber: Asia One

Pada usia 10 tahun, Ekapol telah kehilangan kedua ibu bapanya dan abangnya yang berusia 7 tahun atas penyakit yang menyebar ke seluruh kampungnya di Thailand Utara. Dia dijaga oleh keluarga lanjutannya sehingga dia berumur 12 tahun, dan digambarkan sebagai “anak lelaki yang sedih dan kesepian” ketika itu.

2. Dia menuntut untuk menjadi sami tetapi meninggalkan kuil untuk menjaga neneknya

Sumber: news.com.au

Tidak lama selepas itu, saudara-saudara Ekapol memutuskan untuk menghantarnya ke kuil Buddha supaya dia dapat berlatih untuk menjadi sami. Beliau menghabiskan masa 10 tahun di kuil untuk belajar bermeditasi, tetapi meninggalkan untuk menjaga neneknya yang sakit

3. Dia mula berhubung rapat dengan kanak-kanak semasa menjadi jurulatih mereka

Sumber: NDTV

Dia menghabiskan separuh masanya untuk membantu biara di sebuah kuil, sementara separuh lagi dihabiskan untuk melatih pasukan bola sepak muda Moo Pa (Wild Boars).

Kebanyakan anak muda ini datang dari keluarga miskin dan ada juga etnik minoriti yang tidak mempunyai status, dan Ekapol merupakan hubungan yang langsung kepada mereka.

“Dia mengasihi mereka lebih daripada dirinya sendiri. Dia tidak minum, dia tidak merokok. Dia adalah jenis orang yang menjaga dirinya sendiri dan yang mengajar anak-anak muda untuk melakukan perkara yang sama.”

Nopparat, ketua jurulatih pasukan, berkata bahawa Ekapol sering membawa budak-budak lelaki ke rumahnya apabila keluarga kanak-kanak itu sibuk untuk menjaga mereka. “Dia memberikan banyak perhatian kepada mereka berbanding dirinya.”

4. Ekapol berkongsi makanan dan minuman miliknya kepada budak-budak lelaki

Sumber: AEC News

Ketika usaha menyelamat sedang dijalankan, para pegawai mendedahkan bahawa Ekapol adalah antara yang paling lemah dalam kumpulan itu, kebanyakannya disebabkan oleh hakikat bahawa dia memberi budak-budak lelaki itu bekalan terhad makanan dan air miliknya semasa mereka terperangkap.

Menurut sumber juga, Ekapol kini menderita akibat kekurangan nutrisi dalam tubuh badan disebabkan ini.

5. Ekapol mengajar kanak-kanak tersebut untuk bermeditasi sepanjang masa mereka terperangkap

Sumber: The Washington Post

Di samping itu, terima kasih kepada pengalaman beliau kerana telah bertahun-tahun menjadi seorang sami, Ekapol berjaya menjaga remaja-remaja dengan tenang dengan mengajar mereka bagaimana untuk bermeditasi. Makciknya, Umporn Sriwichai, berkata,

“Saya sentiasa percaya bahawa Chanthawong akan membantu mereka bertenang dan optimis, dan dia sangat menyayangi kami, kerana dia mengalami kesakitan kehilangan orang yang dikasihi sejak dia kecil lagi … kami tidak boleh menerima lagi tragedi seperti itu berulang.”

Beliau menambah bahawa latihan selama 10 tahun sebagai seorang sami telah membantunya menjadi seorang lelaki muda yang penuh dengan fizikal dan mental yang sihat. Dan bahawa dia telah mempelajari kemahiran untuk hidup yang diperlukan untuk membantunya dan budak-budak lelaki itu bertahan.

6. Ekapol berasa bersalah dan meminta maaf kepada keluarga remaja-remaja itu melalui surat yang ditulisnya sendiri

Sumber: Yahoo! News

Jurulatih muda itu menulis surat kepada ibu bapa remaja-remaja yang diterjemahkan dan dihantar melalui penyelam. Dia minta maaf kepada mereka dalam surat itu, dan yakin bahawa dia melakukan yang terbaik untuk memastikan semua orang selamat.

“Kepada ibu bapa semua anak-anak, sekarang budak-budak semuanya baik-baik saja, mereka dalam keadaan baik. Saya berjanji akan menjaga mereka sebaik mungkin. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas semua sokongan dan saya ingin memohon maaf kepada ibu bapa.”

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds