Kadang-kala dalam kehidupan ini, saat yang menggembirakan ialah apabila kita melakukan sesuatu perkara yang kecil tetapi bersama orang tersayang. Contohnya bermain hujan.

videoPlayerId=88577f6ad

Ad will display in 09 seconds

Pada masa saya kecil dahulu, mak saya akan membenarkan kami adik-beradik bermain hujan jika hujan lebat sahaja. Kedengaran agak pelik bukan? Tetapi itulah antara kenangan terindah zaman kecil kami.

Nampaknya kanak-kanak perempuan dalam video ini juga melalui pengalaman yang sama seperti kami dan mungkin anda juga.

Harper begitu bertuah sekali kerana ayahnya membawanya merasai sendiri hujan tersebut yang sebelum ini hanya dilihat disebalik cermin tingkap sahaja.

Dia begitu teruja dan seolah-olah tidak dapat mempercayai bahawa dia akan berpeluang merasai nikmat bermain hujan.

Selepas ayahnya membawanya keluar dan bermain hujan seketika, Harper begitu gembira sekali.

Sebelum masuk ke rumah, ayahnya membawa Harper berjalan di halaman rumah sambil menikmati hujan yang turun lebat itu. Lihatlah betapa gembiranya dia!

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds