Bagi pemilik haiwan peliharaan, pasti sudah biasa melihat telatah haiwan mereka yang ada masanya bertindak bijak dan tidak disangka-sangka. Ada juga haiwan peliharaan yang begitu mahir menurut beberapa arahan yang diberikan oleh tuan masing-masing.

videoPlayerId=9ab5cca83

Ad will display in 09 seconds

Ada juga haiwan peliharaan yang pandai mengajuk cakap, berkata-kata atau mengeluarkan bunyi-bunyi tertentu seperti burung kakak tua. Telatah haiwan-haiwan ini sungguh luar biasa dan menghiburkan.

Nampaknya burung camar dalam video ini juga mempunyai kehebatannya tersendiri. Bersama seorang lelaki, ia telah membuktikan bahawa ia adalah burung yang bijak.

Demi mendapatkan makanannya, burung camar ini perlu melalui ujian meneka barang tersembunyi yang dikendalikan oleh lelaki tersebut. 3 biji cawan plastik diletakkan di atas lantai konkrit dihadapannya dan cebisan makanannya dijadikan sebagai barang tersembunyi.

Kemudian lelaki tersebut menukarkan kedudukan cawan plastik tersebut secara bercampur-aduk. Kini giliran burung camar pula untuk meneka. Apa yang menakjubkan ialah setiap kali meneka, tekaannya adalah tepat!

Tontonlah video tersebut, anda pasti akan mencemburui kepintaran burung camar ini meneka kerana apabila kita bermain permainan seperti ini, ia bukanlah mudah untuk meneka.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds