Semasa keluar untuk belayar, Michael Fishbach, pengasas The Great Whale Conservancy (GWC) dan pasukannya mendapati seperti ada sesuatu yang yang tidak kena. Pada mulanya, mereka semua percaya bahawa ikan paus humpback gergasi yang mereka temui itu telah mati apabila ia terperangkap dalam jaring nelayan. Tetapi kemudian tiba-tiba paus itu bergerak seakan-akan mahu bernafas.

Rupa-rupanya paus tersebut tidak dapat berenang kerana sirip dan ekornya telah tersekat sepenuhnya pada jaring. Hal itu menyebabkan mereka perlu bertindak pantas untuk menyelamatkan paus tersebut kerana jika mereka terlambat paus itu mungkin akan mati.

Paus tidak boleh bertahan lama tanpa menggerakkan badan mereka. Ia adalah satu tugas yang mencabar untuk memastikan paus tenang dan stabil sementara mereka menggunakan pisau untuk memotong jaring tersebut.

Mereka menamakan ikan paus tersebut dengan nama Valentina setelah mereka berjaya menyelamatkannya. Valentina sepertinya tahu bahawa orang ramai di situ adalah mereka yang mahu menyelamatkannya bukan untuk mencederakannya.

Setelah berjaya diselamatkan Valentina terus berenang bebas, seolah-olah mahu meraikan kebebasannya. Namun, dia juga sedar bahawa dia perlu berterima kasih dengan mereka yang telah menyelamatkannya.

Lihat apa yang dilakukan paus ini sebagai tanda terima kasihnya kepada mereka yang telah menyelamatkannya!


Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds