Menurut NASA gerhana bulan berikutnya dijangka akan berlaku pada akhir bulan ini yang dapat disaksikan sendiri oleh semua penduduk bumi selama kira-kira empat jam. Gerhana bulan kali ini akan berlaku kerana bumi akan menghalang semua cahaya yang biasanya dipantulkan dari satelit utamanya. Peristiwa-peristiwa seperti ini biasanya disertai dengan hilangnya cahaya biru yang menjadikan bulan kelihatan menjadi merah. Ini dikenali sebagai ‘blood moon’ dan mungkin akan berlaku pada malam 27 Julai.

Kredit: NASA/JSC Features

Apa yang menariknya fenomena gerhana kali ini boleh disaksikan oleh semua orang di Amerika Selatan, Afrika dan Asia. Gerhana kali ini dikatakan juga akan menjadi gerhana paling lama dalam abad ini dan akan berlaku pada awal musim luruh.

Gerhana bulan penuh kali ini mempunyai tiga fasa yang berbeza: peringkat penumbral awal, peringkat umbra (di mana ia benar-benar hitam) dan peringkat penumbral terakhir.

Oleh itu, pemerhati di London akan melihat tanda pertama penumbra menengah pada kira-kira jam 11.20 malam. Mereka di India pula akan melihat permulaan penumbra awal pada kira-kira pukul 10.45 malam dan penumbra kedua akan berlaku pada sekitar 1.10 pagi.

‘Blood moon’ akan berlaku semasa penumbra atau umbra Bumi berlaku. Oleh itu, orang ramai mungkin akan melihat fenomena ini apabila cahaya biru yang ‘terhakis’ berikutan kejadian umbra. Fenomena ini mungkin akan menjadi sebuah pemandangan yang begitu mengagumkan. Gerhana pada 31 Januari lalu juga dikenali sebagai Super Blue Blood Moon disebabkan oleh kejadian ini.

Kredit: Peter Alfred Hess @ flickr

Saintis dan pakar meramalkan bahawa tidak akan ada lagi fenomena gerhana selama 18 tahun selepas 27 Julai ini. Gerahana hanya akan berlaku lagi pada 2036 apabila gerhana bulan penuh akan berlaku. Kejadian tersebut berkemungkinan besar akan melibatkan pembentukan umbra yang hanya berlaku kira-kira 45% dari keseluruhan permukaan bulan.

Walau bagaimanapun, fenomena tersebut mungkin atau mungkin tidak menghasilkan ‘blood moon’ yang menarik. Gerhana 2036 dijangka akan berlangsung selama 95 minit, manakala fenomena pada 2018 akan berlangsung selama 103 minit.

Tandakan kalendar supaya anda tidak terlepas untuk menyaksikan sendiri fenomena alam yang sangat menakjubkan ini!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds