Nevis Swing adalah buaian yang terbesar di New Zealand. Buaian tersebut boleh berayun dalam lengkungan 300 meter dan selaju 120 kilometer sejam.

videoPlayerId=c0e3614aa

Ad will display in 09 seconds

2 orang wanita dalam video ini merupakan antara peserta yang tidak mahu melepaskan peluang melakukan aktiviti lasak seperti ini. Biarpun dari mula sudah kedengaran jeritan ketakutan namun mereka tidak berpatah balik malah meneruskan niat untuk menyempurnakan ayunan tersebut.

Untuk melakukan aktiviti lasak ini, setiap peserta perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pusat rekreasi tersebut. Peserta tersebut mestilah berumur tidak kurang daripada 10 tahun dan mestilah mendapat persetujuan dari ibu bapa terlebih dahulu.

Peserta juga mestilah mempunyai berat ideal iaitu antara 35 kilogram hingga 220 kilogram. Hal ini demi mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan semasa buaian dilepaskan dari stesen.

Walaupun keadaan ketika itu musim panas, namun peserta tetap perlu memakai jaket atau baju berlengan panjang. Mereka juga perlu memakai seluar panjang dan kasut yang bersesuian.

Jika anda berminat untuk melakukan aktiviti lasak seperti ini, anda perlu menyiapkan fizikal dan mental sebelum melakukannya. Mungkin anda boleh melakukan aktiviti ini bersama ahli keluarga atau rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama dan tidak takut atau gayat pada tempat yang tinggi.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds