Perhatian buat semua penggemar kek! Hari ini, kami akan berikan satu resipi mudah yang anda boleh lakukan sendiri di rumah. Kami pasti anda akan menyukainya kerana ia mempunyai tekstur seperti kek lembut yang dilapis-lapiskan dengan krim oreo dan yogurt yang sangat menyelerakan!

Kredit: NTD Taste Life/Facebook

Beritahu kami, siapa sahaja yang tidak menyukai Oreo? Hampir semua orang menyukainya. Tambahan pula, resipi ini dilengkapkan lagi dengan campuran yogurt, untuk memuaskan kehendak setiap orang! Apa lagi yang ditunggu? Ayuh kita belajar dan mencuba resipi kek krim oreo dan yogurt ini!

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A

  • 6 biji kuning telur
  • 80ml air
  • 90ml minyak sayuran
  • 145g tepung
  • 4g serbuk penaik
  • 5g garam

Bahan B

  • 6 biji putih telur
  • 145g gula
  • 3g krim tartar

Bahan C (untuk lapisan krim)

  • 30g gula
  • 150g yogurt
  • 50g krim biskut Oreo (asingkan biskut dengan krim terlebih dahulu)
  • 7g gelatin
  • 120g krim putar

Cadangan hiasan:

  • krim putar
  • sedikit fondant
  • Gel berperisa buah-buahan (yang dibeli siap)

Cara-caranya:

1. Pukulkan kuning telur, air dan minyak sayuran sehingga sebati. Kemudian, masukkan tepung, serbuk penaik dan garam. Pukul adunan sehingga sebati.

Kredit: NTD Taste Life/Facebook

2. Di dalam bekas yang berlainan, pukulkan semua bahan B sehingga mendapat tekstur meringue (rujuk gambar dan video untuk gambaran jelas).

Kredit: NTD Taste Life/Facebook

3. Dengan menggunakan teknik kaup balik, campurkan sedikit adunan bahan B ke dalam bahan A sehingga sebati. Kemudian, ambil adunan tadi dan campurkan ke dalam mangkuk adunan lebihan bahan B yang tadi. Dengan menggunakan teknik yang sama, sebatikan kedua-dua adunan.

Kredit: NTD Taste Life/Facebook

Kredit: NTD Taste Life/Facebook

4. Tuangkan adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar pada suhu 175°C (350°F) selama 45 minit.

Kredit: NTD Taste Life/Facebook

5. Untuk membuat krim kek pula (bahan C), didihkan gula dan yogurt dengan menggunakan teknik didihan berganda (double boil) sehingga kedua-duanya sebati. Kemudian, masukkan krim biskut Oreo. Setelah semua sebati, masukkan gelatin dan sejukkan adunan sehingga ke suhu 20°C.

Kredit: NTD Taste Life/Facebook

6. Setelah adunan krim sejuk, campurkannya ke dalam mangkuk krim putar. Setelah sebati, sejukkan adunan krim di dalam peti sejuk selama 30 minit.

Kredit: NTD Taste Life/Facebook

7. Setelah kek siap dibakar dan sejuk, bahagikan kek kepada 3 lapisan melintang dan kemudian, lapiskan setiap kek dengan adunan krim yogurt dan oreo sebentar tadi bersama dengan sedikit krim putar yang asli. Lapiskan sehingga ke lapisan kek yang terakhir.

Kredit: NTD Taste Life/Facebook

8. Akhir sekali, sapukan kesemua krim putar di atas kek sehingga menutupi seluruh kek. Oleskan sehingga ianya kelihatan licin dan menarik.

Kredit: NTD Taste Life/Facebook

9. (Pilihan) untuk hiasan, tuangkan gel berperisa buah-buahan (yang dibeli siap) di atas kek tersebut dan hiaskan dengan fondant yang berbentuk menarik.

Kredit: NTD Taste Life/Facebook

Kredit: NTD Taste Life/Facebook

Nah, siap sudah kek krim oreo dan yogurt! Ianya kelihatan menarik dan kami tidak sabar mahu mencubanya! Untuk gambaran lebih jelas, tonton video berikut:

Kredit: NTD Taste Life/Facebook

Selamat mencuba kepada semua dan jangan lupa kongsikan bersama kami hasilnya!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds