Panda Merah yang juga dikenali sebagai panda kecil berwarna perang kemerahan dan lebih kecil. Kedua-duanya hidup dalam hutan buluh di cerun tinggi gunung di barat dan di barat daya China. Panda merah juga tinggal di Nepal, utara India, dan utara Burma.

Seorang netizen Jepun berkongsi video di Twitter yang menunjukkan gelagat comel dua ekor anak panda merah yang sedang disusukan. Apabila melihat penjaga mereka berdiri sambil memegang dua botol susu, mereka segera memanjat kaki penjaga mereka itu. Mereka bergantung di paha penjaga tersebut sambil disusukan dengan botol susu. Comel!

Cara mereka disusukan adalah sangat comel! Gelagat comel dan manja mereka menawan hati ramai netizen.

Susunya dah habis mahu merebut botol susu yang lain pula.

Walaupun susu sudah habis mereka tetap tidak mahu melepaskannya. Mungkin sebotol seekor tidak cukup bagi mereka.

Sampai ke atas badan penjaga mereka memanjat selepas selesai minum susu, mungkin mereka mahu susu lagi.

Walaupun panda merah ini sangat comel, namun kadar kelahiran semulajadi mereka rendah, dan kadar kematian di habitat liarnya tinggi. Ditambah pula dengan ancaman kehilangan habitat, pemburuan haram dan pelbagai faktor lagi. Oleh kerana jumlah spesies mereka semakin merosot, ia telah disenaraikan oleh Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam sebagai spesies terancam.

Tonton video gelagat comel mereka disusukan di bawah:

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds